Home Netizen “Aku Mmg Pantang Org Berhenti Petak Kuning”-Dah Salah Pastu Pergi Mrh Org...

“Aku Mmg Pantang Org Berhenti Petak Kuning”-Dah Salah Pastu Pergi Mrh Org Yg Betul

115
0

Petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi untuk memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan. Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang. Perbuatan memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar. Selain itu, pemandu yang bersikap tidak hemah ini juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan antara pengguna jalan raya lain kerana menggangu perjalanan mereka.

“Aku memang pantang org berhenti petak kuning, klau bole gaduh tu gaduh je”

Baru-baru ini di tiktok @dutabadutttt tular sebuah rakaman video dashcam di mana pemilik rakaman tersebut ketika itu hendak membelok ke simpang kanan namun dihalang oleh sebuah jereta yang betul-betul elok berada di petak kuning. Apa yang paling membuat pemilik rakaman tersebut marah adalah apabila lelaki di dalam kereta tersebut membuat muka seakan tidak bersalah dengan apa yang berlaku. Dan dapat dilihat pada akhir video, lelaki di dalam kereta memarahi pemilik video tersebut. Padahal yang salah adalah diri dia sendiri. Hal tersebut juga membuatkan ramai netizen yang bengang dengan sikap lelaki tersebut yang sepertinya tidak tahu peraturan jalan raya dan ada komen mengatakan lelaki itu mendapat ‘lesen terbang’.

“malu ooo…kite dah salah..pastu kite marah org yg betul..buat keras plak tu..”

“lesen terbang brader tu”

Lihat rakaman penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Zul Rs : Malu laa tu orang tgk dia

@AnaSuhanaZaki : Uish dia blh buat dek kita duk hon..aku pernah kena hon sbb berhenti sebelum petak kuning 😂 beria dia hon..dia ingat petak main galah panjang kot.

@Waffle35 : Dulu masa g sekolah memandu, tidoqqq

@arnab penyelam : hanto video gi jpj bang. baru ada akai

@nik43 : hahhhha..satu salh dh bnti petak kuning
no dua..p hon pasaipa..dia nk p mana pulk..depan ade kreta,blkang ade kreta..tggu je la..

@Mr_Whatever93 : Terbaik..!!! Aq pon pelik knapa lately ni ramai berhenti kat petak kuning…

Baca juga : “king tetap power”- Myvi langgar kenderaan di petak kuning

Baca juga : “King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus

Pemandu kenderaan yang melanggar peraturan jalan raya ini dengan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dengan ini, pemandu kenderaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah. Elakkan melanggar peraturan demi menjaga keselamatan diri dan tidak menyusahkan pengguna jalan lain.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland
Next articleMenarik ! Kerajaan Akan Membangunkan Aplikasi Online Menu Rahmah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here