Home Isu Semasa Albertine Leo ‘Disorok’ Di Hotel Murah di Batang Kali Sebelum Diselamatkan

Albertine Leo ‘Disorok’ Di Hotel Murah di Batang Kali Sebelum Diselamatkan

105
0

Dua lagi individu ditahan menjadikan keseluruhan lima suspek kini berada dalam tahanan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Sabtu lalu.

Seorang suspek wanita ditahan malam semalam, manakala seorang lagi lelaki ditahan kira-kira 4.45 pagi tadi.

Suspek lelaki berusia 31 tahun ditahan di Batang Kali, Selangor bersama kanak-kanak, Albertine Leo Jia Hui yang dilaporkan diculik itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata kanak-kanak itu ditemukan dengan selamat di sebuah hotel murah dan kini berada di sebuah hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, ketika ditemui, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada perubahan fizikal seperti dakwaan rambutnya telah dipotong.

“Kita mengesahkan kanak-kanak sudah ditemui dalam keadaan selamat…”

“Empat suspek sudah direman empat hari, manakala seorang lagi yang ditahan bersama mangsa akan dibawa pulang ke Johor untuk mendapatkan perintah tahanan reman…” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleKanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Hilang Sejak Sabtu Ketika Sedang Bermain
Next articleLelaki maki boss sebab tak bagi balik awal walaupun dah bagitahu isteri kemalangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here