Home Viral Tidak Selesa Disentuh, sekali Ayda Jebat Luah Perasaan Raih Tumpuan Ramai

Tidak Selesa Disentuh, sekali Ayda Jebat Luah Perasaan Raih Tumpuan Ramai

353
0

Pelakon serta penyanyi wanita terkenal, Ayda Jebat yang kini sedang hamil tujuh bulan telah meluahkan rasa kurang senang apabila perutnya dipegang oleh segelintir individu yang tidak dikenali semasa berjumpa dengannya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ayda Jebat berkata bahawa beliau tidak kisah sekiranya peminat menyentuh bahagian tangan atau bahunya ketika mengajak bergambar bersama, namun tidak pada bahagian perutnya.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nurul Suhada Jebat, sejak hamil, dirinya menjadi lebih sensitif.

“Mommies selesa tak kalau tengah pregnant, orang luar tiba-tiba pegang-pegang perut mommies?…” – Ayda Jebat

“Saya minta maaf, saya okay je kalau nak selfie pegang bahu ke tangan saya itu dah biasa, tapi tengah pregnant ni sensitif dia lain sikit bila kakak-kakak atau makcik-makcik jumpa terus pegang raba-raba perut saya…” – Katanya

Dalam masa sama, pelantun lagu Temberang itu turut bertanyakan pandangan pengikutnya tentang situasi yang dihadapi.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSajat Tidak Tahan Sebak, Menangis Tahu Bapa Terlantar Sakit – “Korang Senang Lah Cakap, Tapi Yang Lalui Sajat..”
Next articleDidakwa Terlalu Kejar Populariti & Lagha, sekali Respon Penyanyi Aishah Buat Ramai Tak Sangka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here