Home Isu Semasa Ibu Kecewa Tangan Anak ‘Mengecut’, Dakwa Nurse Balut Terlalu Ketat 34 jam

Ibu Kecewa Tangan Anak ‘Mengecut’, Dakwa Nurse Balut Terlalu Ketat 34 jam

124
0

Tular di media sosial seorang ibu mendakwa jururawat membalut ketat tangan anaknya selama 34 jam ketika mereka mendapatkan rawatan untuk muntah dan cirit-birit.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu kepada kanak-kanak itu, Eiyha Fatieyha, telah memuat naik beberapa foto yang memaparkan kecederaan anaknya.

Pada 10 Julai, Eiyha telah membawa anaknya yang bernama Sufi ke bahagian kecemasan di hospital kerana kanak-kanak itu mengalami muntah dan cirit-birit.

Menurut Eiyha, sebelum Sufi menerima rawatan, dia memaklumkan kepada jururawat bertugas bahawa anaknya menghidap autisme dan tidak dapat memahami arahan dengan baik.

“9.30 malam bawa anak ke kecemasan disebabkan muntah-muntah dan cirit-birit. Dah bagitau awal, anak saya autisme dan tak boleh cakap dan tak boleh faham arahan…”

Tambah Eiyha, disebabkan itu jururawat telah membalut tangan Sufi menggunakan kain pembalut (bandage) kerana anak kecil itu memerlukan jarum drip air (IV drip).

Bagaimanapun, Sufi berjaya membuka balutan tersebut beberapa kali sehingga jururawat terpaksa membalut tangannya dengan lebih ketat.

“Dekat wad, jururawat balut kedua-dua tangan Sufi sebab dia seronok cabut kain bandage tu. Dua tiga kali juga dia cabut lepastu jururawat ikat dengan lebih ketat. Lepas ikat dia mula tak selesa dan meragam tapi risau dia cabut jarum drip air jadi terpaksa biarkan…”

Keesokan harinya, jururawat memaklumkan bahawa Sufi tidak lagi memerlukan drip air tersebut, namun balutan pada tangannya tidak boleh dibuka sehingga dia dilepaskan dari hospital.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleJenazah Nur Farah Kartini kebumi di Pekan, Pahang – Abang
Next articleAngkara hutang RM7,000: Tiga lelaki didakwa bun*h, bakar myt Mohamed Afiq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here