Home Isu Semasa 7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland

7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland

156
0

Mangsa ketujuh maut berikutan kemalangan membabitkan sebuah van pelancong yang terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Km4.8 Jalan Genting Highlands berhampiran pusat peranginan puncak bukit di sini hari ini.

Mangsa ketujuh Chang Them Kong, 70, meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Enam lagi yang maut di tempat kejadian dalam kemalangan 1.15 tengah hari itu dikenal pasti sebagai pemandu van pelancong Wong Choun Chiet, 49, bersama lima penumpang wanita Foong Ah Lan, 67; Lee Moy, 67; Goh Siew Kim, 61; Ang Meng Hong, 62, dan Seow Mee Tin, 72.

sinetronmalaya.com genting
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata Wong dan 13 penumpangnya – seorang lelaki dan 12 wanita – dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Genting Highlands ketika kemalangan itu berlaku.

“Apabila tiba di tempat kejadian, Wong dipercayai hilang kawalan  ketika sedang cuba mengawal di selekok selekoh dan merempuh pembahagi konkrit di sebelah kanan (tengah) laluan. Enam orang maut di tempat kejadian.

 

Sumber : New Straits Times

Previous article“Sekarang Ni Musim Buaya Ke”-Seekor Buaya Naik Di Tebing Pantai Sabah
Next article“Aku Mmg Pantang Org Berhenti Petak Kuning”-Dah Salah Pastu Pergi Mrh Org Yg Betul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here