Home Isu Semasa “King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus

“King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus

138
0

Undang-undang jalan raya kerap kali tidak dipatuhi terutama bagi pemandu yang tidak berhemah. Myvi sering dikaitkan dengan kemalangan mahupun apa-apa yang berkaitan dengan jalan raya sehingga digelar sebagai “King Of The Road“. Selain terkenal di lebuh raya, Myvi juga terbukti gagah di atas segala jenis permukaan jalan termasuk di udara. Setiap tahun, ada sahaja berita yang timbul mengenai Perodua Myvi atas sebab-sebab yang salah seperti berlumba, terbang, redah banjir, turun tangga, masuk pusat membeli belah dan macam-macam lagi.

Menerusi klip video dari Tiktok Malaysia Gazette di mana video tersebut juga diambil dari Video JPJ Negeri Kelantan, dapat dilihat terdapat beberapa kenderaan yang telah melanggar undang-undang jalan raya iaitu memandu secara berbahaya. Kenderaan tersebut dilihat memandu berlawan arus dan ini amat membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama kenderaan yang memandu dari arah bertentangan.

undang

Lihat klip video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa kata warganet :

@Raktez : Time la saman mahai.. Rm2000 ka paling letak 5k baru duit masuk.. Ni saman 300 ja ala sikit

@Tengku Noora : X nak plk masuk parit tepi tu…dh nk cpt sgt kannn

@zulhjmohd : Tangkap saman. Lesen memandu harus ditarik sebab tk ikut undang undang

@incik_huai : haha aku nk p pengkalan kubur byk jmpa mcm ni. berjemaah lawan arus

@Shamsul Sam : nak lari mana ..no plate dah marking ..tggu saman je kalau tak jumpa

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengulangi amaran buat mana-mana pemandu atau penunggang motosikal yang melakukan kesalahan melawan arus trafik, bersedialah untuk berhadapan hukuman penjara dan denda jika disabit kesalahan.

Menurut perkongsian menerusi Facebook rasminya, PDRM berkata, mana-mana pemandu dan penunggang yang melakukan kesalahan melawan arus trafik termasuk yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak melebihi RM15,000. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

Baca juga : “king tetap power”- Myvi langgar kenderaan di petak kuning

Baca juga : Berita Buruk Untuk Perantau, JPJ Senarai 7 Kesalahan Jalan Raya Dikuatkuasakan Tanpa Kompaun Sempena Tahun Baharu Cina

Apa jua tindakan anda sewaktu berada di jalan raya, jangan fikir nak ‘lepaskan’ diri sendiri sahaja. Tolong fikirkan sekali keselamatan orang lain. Jangan disebabkan kealpaan anda, orang lain yang menerima padah.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleKeseronokan Bertukar Tragedi, Lepaskan 1.5 Juta Belon Akhirnya Membawa Padah
Next articlePengantin Wanita Buat Perjanjian Aneh, Bt Rmai Yg Tercengang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here