Home Isu Semasa “king tetap power”- Myvi langgar kenderaan di petak kuning

“king tetap power”- Myvi langgar kenderaan di petak kuning

314
0

Kemalangan kecil seringkali berlaku di mana-mana. Kemalangan kecil merupakan kemalangan yang tidak melibatkan nyawa tetapi hanya berlaku sedikit perlanggaran kecil akibat daripada kecuaian pemandu tersebut.

Tular di video rakaman seorang pemandu yang memperlihatkan kereta di hadapannya mengalami kemalangan kecil kerana berlanggar dengan sebuah lagi kereta. Kejadian berlaku di depan Kilang Munchy Parit Ya’ani, Batu Pahat.

Baca juga : “Allahhuakhbar..laju nya”- Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik

Baca juga : “Laju Betul Motor Tu”- Kemalangan di hadapan Kilang Frecken

Jika dilihat daripada rakaman tersebut, dapat dilihat bahawa kereta Myvi telah melanggar belakang sebuah kereta hilux disyaki kereta TnB di kawasan petak kuning. Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Petak kuning adalah isyarat atau tanda di atas jalan raya yang berfungsi memberi laluan kepada kenderaan yang hendak masuk atau keluar dari simpang jalan. Kenderaan dalam pergerakan menuju ke hadapan hendaklah berhenti sebelum petak kuning bagi memberi peluang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa kata warganet :

@kapibara : hahahaha..nasib baik die bawak myvi kalau die bawak jcb dah lama abg tnb tu die angkut skali

@Srederick : waktu langgar Masih lampu merah

@Amsenget : Berenti dalam petang kuning saman Rm500. Settle kes

@theWan : Dia ingat kereta tnb tu jalan masa di jalan tu. Salah communication ni

@shahroshkodran : kete tu slh walaupun myvi langgar

Kesalahan berhenti di petak kuning boleh dikenakan denda maksimum RM500 di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta menjadi pengguna jalan raya yang berbudi bahasa dan berhemah.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleTak Sangka Monyet Pun Jadi Pelanggan Dekat CU Mart, Moment Ini Buat Ramai Yang Tergelak
Next article“Knowledge is power and she has it…” – Bekas peguam dedah taktik Sarah heret madunya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here