Home Kehidupan “Iklan Kat Tiktok Bukan Main Top, Sampai2 Nasi Lembik- Netizen kecewa Dgn...

“Iklan Kat Tiktok Bukan Main Top, Sampai2 Nasi Lembik- Netizen kecewa Dgn Servis Kedai Mkn

185
0

Kebiasaannya, pengusaha kedai makan akan mempromosikan kedai makan di platform-platform yang terkini seperti di Tiktok, Instagram, Facebook dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke kedai makan tersebut. Iklan yang dibuat kebiasaannya kelihatan sangat menarik dan orang yang melihat iklan tersebut pasti akan mudah terpengaruh dengan gambar-gambar makanan yang ditunjukkan.

Baru sahaja tular di tiktok @hafiz aziz di mana pemilik video tersebut berasa kecewa dengan servis yang diberikan oleh sebuah kedai makan di sekitar, Kulai Johor. Katanya, dia perlu menunggu satu jam untuk makanan yang dipesan. Tambah mengecewakan apabila makanan yang dipesan tidak seperti di dalam iklan. Yang lebih teruknya, nasi yang dipesan adalah sangat lembik. Berdasarkan video rakaman tersebut, kedai makan tersebut adalah Pat Mat Western.

“kecewa servis dia..iklan kt tiktok bukan main top lagi..1 jam nasi goreng baru siap..sampai² nasi lembik”

Lihat rakaman video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@qil : Itu ok lagi bang… cuba try makan syukur burger yg tgh famous dekat johor ni… cofirm order kul 9 makan kul 12 baru siap….

@gf nadhir : nasik baru masak tu pastu terus goreng. boleh terbalik meja ooo sakit hati

@Alex Warrior : sama kes lah bang kita mai dari kl gi penang, tunggu sejam sekali makanan sampai sejuk semua.. bukan apa kecewa marketing padu tapi hmm

@mirajaffri : bila order terlampau banyak, servis/kualiti mmg out. sebab tu jarang sangat nak pergi tempat2 viral

@minjok : kalau saya gumpal nasi tu balik kat chef dia

@analoguelover : Aku pun kena nasik lembik gitu weh. Memang tak p dah lepas ni.

@abcd1234 : kan. aku pantang betul kalau kena nasi lembik² ni. memang hilang selera terus.

Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dengan kebanyakan kedai zaman sekarang yang menggunakan marketing luar biasa namun hasilnya tak seperti dalam iklan.

Baca juga : Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas, Hnya Dpt Rm8

Baca juga : “Rendam Mak Dlm Baldi Sebab Duit..” – Tergamak Lelaki Ini Gara Gara ‘Gift’ Tiktok

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleLelaki Ini Raih Lebih Rm900 Sehari, Hnya Menjadi Tukang Beratur
Next articleLelaki Ini Terkejut Lihat Akaun Bank, Ada Org Masukkan Duit Sbnyk Rm7,000 Lebih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here