Home Isu Semasa “Anak Kucing Yang Kita Bela Mati Pun Sedih, Ini Pula Anak Kandung...

“Anak Kucing Yang Kita Bela Mati Pun Sedih, Ini Pula Anak Kandung Sendiri…” – Bapa Konstabel Azza Fahmi

68
0

Ketua Polis Negara, Tan Sri Rasarudin Husain hari ini mengesahkan bahawa lelaki berusia 21 tahun yang menyerang balai polis Ulu Tiram bukanlah anggota kumpulan pengganas, Jemaah Islamiyah (JI).

Suspek yang ditembak mati semasa kejadian sebelum ini disyaki anggota JI berdasarkan penglibatan bapanya dalam kumpulan pengganas tersebut.

“Suspek yang ditembak mati itu didapati tiada kaitan dengan kumpulan pengganas JI…”

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata bahawa suspek dalam kejadian itu bertindak sendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis.

Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan keterangan yang diambil daripada 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Previous article“Lagenda Lagu Jiwang Suatu Masa Dulu..” – Dwan Olan Sukar Bertutur, Tapi Keajaiban Masih Boleh Menyanyi
Next articleLagi Kes Ceroboh Balai Polis di Dato Keramat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here