Home Viral Penoreh Getah Jadi Jutawan Sekelip Mata

Penoreh Getah Jadi Jutawan Sekelip Mata

135
0

Selepas ini, pastinya ramai yang akan mengaku saudara, hehe… Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Johni Satur, 57 tahun, yang telah diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP ke-99 dengan membawa pulang RM1,000,000.

Johni, yang juga merupakan seorang penoreh getah, berkata beliau membeli Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN menggunakan duit KWSP pada tahun 2022.

“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah skim penipuan…”

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang…”

Johni turut berkongsi bahawa pendapatannya sebagai penoreh getah hanya sekitar RM500 setiap bulan. Bapa kepada lima orang anak ini telah lama mengimpikan untuk membina sebuah rumah baharu di tapak lain demi keselesaan keluarganya.

Kami di Sinetron Malaya juga turut gembira dengan kisah Pakcik Johni ini. Semoga duit kemenangan itu digunakan sebaiknya, dan bagi kita, aha, bolehlah mula menyimpan juga.

Sumber: Harian Metro

Previous articleNenek Dedah Rupanya Suami Syasya Dolla Tidak Bekerja?
Next articleInfluencer Buat Content Laki Perempuan Tinggal Serumah, Macam Mana Mak Bapak Boleh Izinkan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here