Home Viral Misteri Kehilangan Remaja Terjawab Selepas 26 Tahun Dikurung Jiran 100 Meter Dari...

Misteri Kehilangan Remaja Terjawab Selepas 26 Tahun Dikurung Jiran 100 Meter Dari Rumah

169
0

Seorang remaja yang hilang 26 tahun lalu ditemui masih hidup, rupa-rupanya selama ini berada di bilik bawah tanah di rumah jirannya, hanya kira-kira 100 meter dari kediaman keluarganya.

Dalam kejadian di Algeria pada tahun 1998, Omar Omran, yang ketika itu berusia 19 tahun, dilaporkan hilang dalam perjalanan ke sekolah vokasional.

Omar, yang kini berusia 45 tahun, diselamatkan dari rumah tersebut pada Ahad lalu, selepas diculik dan dikurung oleh jirannya selama bertahun-tahun. Menurut Pejabat Peguam Negara Djelfa, penculiknya merupakan seorang lelaki berusia 61 tahun yang tinggal bersendirian, dan kini telah ditahan oleh pihak polis.

Pasukan penyiasat mendapat maklumat daripada keluarga mangsa selepas satu hantaran yang dibuat oleh adik suspek di media sosial mendedahkan suspek terlibat dalam penculikan itu. Hantaran tersebut dibuat ketika perebutan harta pusaka antara suspek dan adiknya. Pihak berkuasa kemudian membuka semula siasatan dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah suspek sehingga menemui pintu rahsia di sebalik jerami di atas lantai.

Pendakwa raya memberitahu, mereka menemui Omar di belakang pintu tersebut sebelum dia dibawa ke pusat kesihatan untuk menjalani rawatan fizikal dan psikologi.

Sementara itu, ahli keluarga lain sebelum ini percaya Omar telah terbunuh semasa perang saudara di negara itu pada 1990-an dan awal 2000-an.

Malangnya, ibu Omar yang tidak pernah berhenti mencari anak lelakinya telah meninggal dunia pada tahun 2013.

“Tolong, jangan berhenti mencari Omar. Saya pasti dia masih hidup…”

Sumber: New York Post

Previous article“Kecik Kecik Dah Rock! Pelapis Awie Ni..” – Adik Comel Selamba Tarik Chorus Di Penjara Janji
Next articleDua Anggota Cedera Parah Selepas Balai Polis Diserang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here