Home Isu Semasa Pejabat KWSP Shah Alam Diserbu Oleh Pencarum Sehingga Kaunter Ditutup

Pejabat KWSP Shah Alam Diserbu Oleh Pencarum Sehingga Kaunter Ditutup

106
0

Orang ramai memenuhi pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Seksyen 15 di sini pada hari Isnin sehingga kaunter ditutup pada pukul 4.30 petang untuk membuat permohonan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ramai pencarum datang ke kaunter untuk mengemas kini nombor telefon bimbit bagi urusan kod pengesahan transaksi (TAC) serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur akaun ketiga.

Pencarum, Marina Ibrahim, 40, berkata walaupun pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian, dia terpaksa pergi ke kaunter KWSP untuk mengemas kini nombor telefon bimbit bagi urusan TAC.

“Saya datang untuk menukar nombor telefon dalam sistem bagi membuat permohonan dalam talian…”

“Lagipun saya kurang jelas berkenaan pengeluaran wang dari akaun dua ke akaun tiga, jadi sekarang saya sudah tahu bagaimana proses yang sebenar…”

Ujarnya, selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai caruman, dia juga mengambil kesempatan untuk memeriksa baki simpanannya.

“Sebenarnya, saya tidak jelas berkenaan pengeluaran wang dari akaun dua ke akaun tiga, jadi sebab itulah saya datang untuk tanya bagaimana proses yang sebenar…”

Pekerja swasta, Sharifah Mimpa Manap, 40, pula berkata kehadirannya di pejabat KWSP adalah untuk mengemas kini kata laluan TAC bagi membuat permohonan pengeluaran tersebut.

Menurutnya, pembukaan akaun ketiga ini sedikit sebanyak dapat membantunya merancang kewangan dengan lebih baik untuk kegunaan kecemasan.

KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel bagi membolehkan ahli mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Tujuan pemberian pilihan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel adalah untuk membolehkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun tersebut tanpa perlu menunggu caruman baharu.

Amaun yang akan dipindahkan adalah berdasarkan baki Akaun Sejahtera ahli pada masa pilihan ini dibuat.

Kaedah pindahan dilakukan mengikut dua kategori: pertama, bagi ahli yang mempunyai baki sebanyak RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera; kedua, bagi ahli yang mempunyai baki kurang daripada RM3,000 dalam akaun yang sama.

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dari 12 Mei hingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja dalam tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Sumber: Sinar harian

Previous articleIsteri Pandu Kereta, Mark Adam Dedah Tak Ada Lesen Akibat Trauma
Next article“Edry Ni Tak Tua-Tua. Maintain Hensem Macam Dulu..” – Persembahan Edry Kru Dan Zizan Razak Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here