Home Kehidupan Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas, Hnya Dpt Rm8

Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas, Hnya Dpt Rm8

256
0

Harga barang kini menjadi semakin mahal dari tahun-tahun sebelumnya dan boleh dikatakan ramai antara kita yang akan mencari inisiatif lain untuk menambah duit pendapatan untuk belanja seharian. Kisah ini merupakan kisah dari salah seorang pelajar yang ingin mencari duit tambahannya.

Baca lagi: Seluar Jeans Levi Berusia 140 Tahun Dijual Dgn Harga RM410,000

Baca lagi: “Banyak Betul Koleksi Dia, Sayang Betul Nak Jual..” – Afdlin Shauki Lelong Koleksi Permainan Dari Tahun 1980an

sinetronmalaya.com Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas Hnya Dpt Rm8 hhh

Nurul Nazirah Abdul Aziz merupakan salah seorang pelajar di sebuah universiti, dan ingin mencari rezeki dengan menjual dadih yang berharga Rm1 satu bekas secara kecil-kecilan. Sebelum ini beliau pernah mencuba nasib meniaga di rumah sewa di kawasan Desa Anggerik, Nilai namun hasilnya kurang memberangsangkan. Kemudian beliau mencuba nasib lagi untuk meniaga di universiti di tempat khas disediakan untuk pelajar berniaga.

sinetronmalaya.com Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas Hnya Dpt Rm8 iii

Nurul Nazirah mengatakan beliau meletakkan sebanyak 25 dadih di dalam satu bekas besar. Setelah selesai waktu untuk mengutip hasil jualan, beliau bersama rakannya ke tempat tersebut sambil mengangkat bekas besarnya dan terasa ringan. Mereka tersenyum kerana menyangka jualan hari ini berhasil, sebaliknya mengira wang tersebut beliau terkejut. Beliau sebak melihat hasil jualannya hanya mendapat Rm8, malah salah satu bayaran dibuat menggunakan duit koyak.

sinetronmalaya.com Pelajar Kecewa Dadih Yg Dijual 25 Bekas Hnya Dpt Rm8 yyy

Gambar yang disiarkan di aplikasi Twitter telah mendapat perhatian ramai yang turut simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Oleh itu, ada juga netizen yang memberi komen meminta nombor akaunnya untuk menggantikan duit yang tidak dibayar oleh pelanggan.

Beliau juga mengatakan hampir berputus asa meniaga dengan berpendapatan sebegitu, tetapi dengan sokongan rakan-rakannya beliau turut meneruskan perniagaan. Katanya kawasan itu sememangnya laris berbanding di kawasan rumah sewa beliau yang mengambil masa sehingga 4 hari habis jualan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Bila dia panggil saya sahabat, buat saya rasa geli…” – Ajak cerita mengenai Shahrol Shiro
Next articleMeraung Kesakitan Disebabkan Slipped Disc – Sakit Hanya Tuhan Je Tahu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here