Home Kisah rakyat “Bapak ‘Power’ Akak ni..” – Selamba Akak Ni Tarik Lagu Di...

“Bapak ‘Power’ Akak ni..” – Selamba Akak Ni Tarik Lagu Di Penjara Janji, Ada Yang Cakap Boleh Jadi Vokalis Wings

256
0

Wings, merupakan sebuah kumpulan rock yang tidak asing bagi segenap masyarakat Malaysia. Kumpulan ini mulai terkenal pada era 80an dan masih relevan sehingga kini. Antara lagu paling famous karya kumpulan muzik rock Malaysia ini ialah Di Penjara Janji, Taman Rashidah Utama, Sejati dan banyak lagi.

Penyanyi solo mereka, Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan seorang penyanyi yang dicemburui ramai kerana mampu menyanyikan lagu “high note” yang tidak mampu ditandingi oleh penyanyi bbnu. Walaupun sudah berusia 53 tahun, namun beliau masih mampu menyanyi lagu “high note” seperti masih muda lagi.

Baru-baru ini tular video yang dikongsikan di aplikasi tiktok oleh Angah Rock, seorang wanita menyanyikan lagu “paling tinggi di Malaysia” iaitu lagu Di penjara janji karya kumpulan Wings. Video tersebut mendapat sebanyak 300 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Dia yang santai menyanyi bertongkatkan penyapu mampu tapau lagu tersebut seperti penyanyi yang berpengalaman. Suaranya yang serak-serak basah berjaya memikat hati netizen. Min terpukau tengok akak ni nyanyi, boleh bersaing dengan Awie dah. Kalau min yang nyanyi, confirm hilang suara dah esoknya.

Sila lihat klik di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lawak Lah (@lawak_laah)

Lihat juga apa kata netizen, ramai juga yang terpukau yaa

@HafizPanjangg_:Aku pernah bawak lagu ni kat karoeke, last ii kena buasir.

@skyartrunner:percaya atau tak vocal yg trbaik bukan pada high note yg terlalu tggi…ada suara high note sakit tlinga dan ada high note sedap di dgr

@aira anak lan:bapak power doo akk ni

@kura kura laju:5 kali aku ulang mat, aku fokus suara dia. laki ke pompuan? suara dia mantap mat. aku pernah try lagu ni,tapi sakit tekak aku mat

Akhir kalam, komen yang baik-baik sahaja yaa. Semoga seni tanah air Malaysia semakin maju di masa hadapan dan semoga akak rock ni juga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Sumber : Instagram lawak_laah

Previous article“Lain Macam Kalau Zamani Tarik Lagu..” – Zamani Nyanyi Lagu Tiara, Tapi Lain Pula Yg Org Tertarik
Next article“Banyak Betul Perbezaan Suara Tokti” – Netizen Tergamam Dengar Tokti Nyanyi Lagu Nirmala Versi 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here