Home Hiburan “Banyak Betul Perbezaan Suara Tokti” – Netizen Tergamam Dengar Tokti Nyanyi Lagu...

“Banyak Betul Perbezaan Suara Tokti” – Netizen Tergamam Dengar Tokti Nyanyi Lagu Nirmala Versi 2022

294
0

Penyanyi nombor satu Malaysia, tidak lain tidak bukan tokti atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza. Dato’ Sri Siti Nurhaliza merupakan suatu nama yang sangat besar di Malaysia dan disegani semua penggiat seni tanah air. Beliau mulai terkenal sejak berusia belasan tahun lagi. Dia juga telah memenangi anugerah juara lagu sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1996,1998 dan 2000. Sepanjang kerjayanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah merakamkan bahan untuk 16 album studio solo, dua album studio duet, dan telah tampil berbanyak kali dalam lagu dan single dalam album artis tempatan dan antarabangsa.

Baru-baru ini tular video di tiktok hasil kongsian kick_kapoor8989, sebuah video bandingan nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu pada tahun 2002 dan 2022. Video tersebut mendapat sebanyak 600 ribu tontonan dan 50 ribu sukaan. Terdapat perbezaan yang ketara, suara tokti yang dulu lebih nyaring, sekarang lebih lunak didengar. Dengan faktor usia dan pengalaman selama 20 tahun, banyak improvasi yang dibuat oleh tokti. Min tercengang tengok tokti nyanyi, betul-betul menusuk jiwa. Memang betul lah Tokti penyanyi nombor satu negara!

Sila klik link di bawah untuk lihat video :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lawak Lah (@lawak_laah)

Jom tengok apa komen netizen :
@cekdean:time muda dia nyanyi kerana berbakat. bila dah berumur, dia nyanyi kerana dah berilmu.

@fazreenor93:tone ank dara & tone kematangan. dua ii ada keistimewaannya

@amiz:zaman muda lagi nyaring. sekarang kasar sikit

@diyaa ayda :zaman muda nyaring suaranya..sedap di dengar..zaman kini suara dato ct sgt berlemak…gemersik dn sgt syahdu didengari

Sumber : Tiktok kick_kapoor8989

Akhir kata, komen yang baik-baik yaa. Min doakan semoga Tokti terus sihat dan kekal bergiat aktif dalam dunia seni tanah air.

Previous article“Bapak ‘Power’ Akak ni..” – Selamba Akak Ni Tarik Lagu Di Penjara Janji, Ada Yang Cakap Boleh Jadi Vokalis Wings
Next article“Faiz Subri Remake Gol Puskas..” -Lawan Yang Sama, Tempat Yang Sama, Hasil Yang berbeza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here