Home Netizen Bapa Berkorban Jalan Kaki 8KM Teman Anak Ke Sekolah, Punca Nya Buat...

Bapa Berkorban Jalan Kaki 8KM Teman Anak Ke Sekolah, Punca Nya Buat Ramai Sebak

212
0

Kisah ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh, dan telah menyiarkan di akaun Facebook nya.

Kisah ini mengisahkan seorang guru yang perasan anak muridnya sentiasa berpeluh-peluh ketika sampai ke sekolah, sedangkan sebelum ini tidak begitu. Dikatakan guru ini, anak muridnya kebiasaan dihantar oleh kedua ibubapanya. Malah ibubapanya juga berpeluh-peluh di awal pagi.

Setelah diselidik, rupanya mereka berjalan kaki dari rumah ke skolah sejarak 2Km. Selain itu, motosikal ayahnya pula ditarik beberapa minggu lepas akibat tertunggak bayaran selama 4 bulan, dan sebelum motosikalnya ditarik beliau berkerja sebagai penghantar makanan (Grab) ianya satu-satunya sumber pendapatan utama keluarga.

Selepas motosikal bapanya ditarik, setiap hari beliau temankan anaknya berjalan kaki ke sekolah. 2km pergi, 2km balik. Kemudian masa pulang kena jalan lagi 2km pergi dan 2km balik, 8km hanya ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.

“Anak dia dapat Anugerah Cemerlang pra sekolah. Masa tu aku dikenalkan dengan si ayah yang tabah ini oleh guru pra” -ujar Mohd Fadli Salleh

Baca lagi: Kejadian amok di sekolah sebahagian demo keselamatan – Polis

Baca lagi: “Pakar Pendidikan Cadangkan Sesi Persekolah Harus Bermula Jam 8 Pagi Daripada Masa Semasa”-Apa Reaksi Rakyat Malaysia ?

Mohd Fadli Salleh mengatakan beliau mengajak si bapa pergi ke kedai motosikal tanpa si bapa tahu bahawa Fadli ingin membelikan motosikal baharu untuknya. Lelaki ini belikan motosikal berjenama SM Sport yang berharga Rm3600, kerana murah dan senang mencari ‘spare part’.

Si bapa ini juga telah mengucapkan beribuan terima kasih kepada lelaki ini hingga reaksinya menahan sebak apabila lelaki ini membelikan motosikal baharu untuknya.

Lihat apa kata orang ramai:

Fairuz: Sy akan simpan ayat ni cikgu “Budi bukan untuk dibalas. Budi untuk dikembalikan pada orang lain bila kita berasa senang sikit di masa hadapan” Terima kasih cikgu

Akhi Fairuz Al-Jengkawi: Sedihnya. Bab pengorbanan bapak ni tak boleh aku. Sebak weh! Dia otomatik teringat zaman susah 5 tahun awal perkahwinan. Then sekali terbayang susah payah bapak kita dulu.

Habibah Badar Bajrai: “Saya tak mampu nak memilih” Baca gini, dah boleh nampak adab dan akhlak dia macam mana. Allah. Moga dipermudahkan urusan ayah ni dan keluarganya

Tengku Khalidah: Semoga Allah SWT memakmurkan rezeki abang ini dan seluruh ahli keluarganya diberkati, dirahmati dan dipayungi. Untuk Cikgu dan pemberi sumbangan lain, teruslah menjadi bintang-bintang yang bertebaran menerangi malam hari. Insya Allah, syurga buat kalian..

Adimah Razak: Bagus walau susah ambil berat pasal sekolah anak. Sanggup hantar walaupun jalan kaki. Ramai jumpa dah la susah anak tak pandai baca.. tapi anak datang ke tak datang sekolah belajar dia tak kisah. Ponteng memanjang

Chenta Qaseh: Hujan airmata saya di petang panas terik…huhu …semoga Allah permudahkan segala urusan cikgu, abg tu n family dan kita semua aminnn

Hilmi Jalaini: Moga anak-anak abang ni membesar jadi anak soleh solehah.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan berasa sebak dengan kisah si bapa yang sanggup berjalan kaki 8km demi menghantar anaknya ke sekolah. Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki ini kerana membantu dan membelikan motosikal baharu untuk si bapa. Orang ramai turut mendoakan semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook

Previous articleAbang ‘Rider’ Tersentak Selepas Dapat Hadiah Wang Tunai Dari Pelanggan, Jumlah Nya Buat Ramai Terkedu
Next article“First Time Tengok Org Menjerit Time Airdrop”-Reaksi Terkejut Buat Netizen Terhibur
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here