Home Viral Kejadian amok di sekolah sebahagian demo keselamatan – Polis

Kejadian amok di sekolah sebahagian demo keselamatan – Polis

188
0

Polis mengesahkan bahawa video tular yang menunjukkan seorang lelaki mengamuk di perkarangan sekolah adalah sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan dan spekulasi tidak berasas berhubung video itu.

“Semakan lanjut mendapati kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Sikamat, dan pihak sekolah mengesahkan ia adalah sebahagian daripada latihan demonstrasi keselamatan yang dijalankan pada 1 Feb,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lihat video di bawah : 

@majoritiofficial

Apa sebenarnya yang terjadi🤔 Berita penuh dalam artikel #fypage #trendingnewsmalaysia #viralvideo #beritatiktok #isuviral

♬ I’m a Gangster – Ganger Baster

Sebuah video berdurasi 1.03 minit tular menunjukkan seorang lelaki memegang sebatang kayu mengamuk di dalam sekolah selepas anaknya didakwa dipukul seorang guru sehingga menimbulkan salah faham orang ramai.

Dahulunya video ini mendapat banyak reaksi dan komen dari warganet, kerana pada awalnya semua menyangka itu adalah perkara yang serius dan tak dibuat-buat.

Baca juga : Bapa Mengamuk Anak Dipukul Cikgu – Rakaman Video Tarik Perhatian

Baca juga : “Management MSU ni b*doh…” – Pelajar MSU mengamuk dikenakan bayaran tambahan sehingga tidak boleh ‘grad’

Rupanya setelah siasatan dilakukan, itu hanyalah demo untuk keselamatan. Sebab itulah, kita mesti menjadi pengguna yang bijak dan tidak sewenang-wenangnya membuat kenyataan tanpa usul periksa di social media.

Sumber : Sinar Daily

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Sangat Biadap” – Lempar Botol Kaca Dari Bangunan Tinggi, Budak Lelaki Dicari Polis
Next articleGara-gara Mee Tarik, dua orang lelaki bergaduh sehingga bertumbuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here