Home Isu Semasa “Pakar Pendidikan Cadangkan Sesi Persekolah Harus Bermula Jam 8 Pagi Daripada Masa...

“Pakar Pendidikan Cadangkan Sesi Persekolah Harus Bermula Jam 8 Pagi Daripada Masa Semasa”-Apa Reaksi Rakyat Malaysia ?

237
0

Baru-baru ini, pakar Pendidikan dari Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, sekolah di Semenanjung Malaysia perlu bermula jam 8 pagi.

Katanya, cadangan ini bagi meraikan konsep Malaysia Beradab dan slogan ‘Pelajar Bahagia, Guru Bahagia, Sekolah Bahagia dan Negara Sejahtera’.

Menurut Sinar Harian, beliau berkata kerajaan perlu bersikap belas dan empati terhadap keadaan guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4:30 pagi memandangkan sesi persekolahan sekarang bermula jam 7:30 pagi.

sinetronmalaya.com sekolah jhj

Jika berada di bandar, seawal jam 6 pagi perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke sekolah. Di sekolah luar bandar, kanak-kanak kecil terpaksa berjalan menaiki beca dan berlumpur. Ada yang terpaksa berjalan di laluan kecil. Sesetengah kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan menaiki bot ketika masih gelap.”

Tambahnya, langkah itu juga membolehkan anak-anak bersarapan bersama keluarga dan bukannya perlu tergesa-gesa ke sekolah.

sinetronmalaya.com sekolah jkk

Jika kerajaan mengambil berat tentang kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya kita melakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan memulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi,” jelasnya.

Baca juga : Akibat Jalan Banjir, 3 Calon SPM Naik Helikopter Ke Sekolah!

Baca juga : “Jeti Roboh Di Sabah Ketika Guru Dan Murid Nak Ke Sekolah”-Moga Allah Balas Jihad Pengorbanan Mereka Semua

Beliau juga berkata, bagi melaksanakan cadangan itu, Kementerian Pendidikan juga disaran mengurangkan sesi persekolahan sebanyak 15 minit bagi sesi pagi dan petang.

Komen Dr.Anuar sejak itu telah menjadi tular di media sosial ketika rakyat Malaysia mempertimbangkan sama ada ia tindakan yang baik atau tidak. Majoriti rakyat Malaysia nampaknya tidak bersetuju sama sekali dengan beliau dan berkata tidak perlu mengubah sesuatu yang tidak salah.

Jadi, apa pula pendapat anda ?

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleLuar Rumah Teres Dlm Banglo, Wawa Zainal Hadiahkan Sebuah Rumah Utk Ibu Bapanya
Next article“Makkkk! Nak Bela Ninja Turtle” – Haiwan Peliharaan Rare Tarik Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here