Home Dunia Skali Pandang Mcm Anak Naga, Haiwan Aneh Ini Rupanya Spesis Cicak!

Skali Pandang Mcm Anak Naga, Haiwan Aneh Ini Rupanya Spesis Cicak!

461
0

Seorang lelaki telah menemui sejenis haiwan aneh yang tidak dikenali dan tidak pernah dilihat olehnya selama ini. Apa yang mengejutkannya rupa bentuk haiwan tersebut menyerupai anak naga seperti yang sering disiarkan di televisyen.

Selain itu, rupa bentuknya juga ada kelihataan seperti tenggiling. Namun sebenarnya haiwan aneh ini ditemui oleh lelaki ini adalah salah satu spesis cicak ‘Rare’ yang dikenali sebagai Armadillo.

Difahamkan, lelaki ini menemui cicak Armadillo ini yang ketika berada di celah-celah retakan batu. Lelaki ini juga agak terkejut apabila menemui cicak ini, haiwan aneh ini langsung tidak cuba melarikan diri dengan bersembunyi dan sebagainya.

Baca lagi: “Makkkk! Nak Bela Ninja Turtle” – Haiwan Peliharaan Rare Tarik Perhatian

Baca lagi: Bagi Ular Belaan Makan Anak Kucing, Lelaki Physchopath Dikecam

sinetronmalaya.com Skali Pandang Mcm Anak Naga Haiwan Aneh Ini Rupanya Spesis Cicak iii

Namun ia akan menggigit ekornya sebelum menggulungkan badan menjadi bola dan bergolek untuk melarikan diri. Disebabkan itu, cicak Armadillo turut diberikan gelaran lain iaitu ‘cicak gigit ekor’.

Penemuan tersebut membuatkan lelaki ini ingin tahu dengan lebih mendalam mengenai haiwan tersebut. Dikatakan spesis cicak Armadillo ini berasal dari kawasan batu pasir yang terletak di Afrika Selatan.

sinetronmalaya.com Skali Pandang Mcm Anak Naga Haiwan Aneh Ini Rupanya Spesis Cicak sss

Fakta yang menarik mengenai spesis ini adalah ia tidak mengawan dengan terlalu kerap dan haiwan-haiwan ini boleh hidup sendirian tanpa adanya pasangan. Secara tidak langsung, kadar pembiakan cicak Armadillo juga agak perlahan, dilaporkan hanya satu hingga dua ekor sahaja dalam setahun.

Disampang itu, terdapat segelintir manusia sanggup berhabis wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan cicak Armadillo ini. Beberapa tahun kebalangan ini, berlaku peningkatan aktiviti penjualan dan mengeksport haiwan tersebut.

sinetronmalaya.com Skali Pandang Mcm Anak Naga Haiwan Aneh Ini Rupanya Spesis Cicak qqq

Namun begitu, adalah lebih elok jika kita tidak mengganggu spesis cicak yang diancam kepupusan ini dan membiarkan sahaja mereka hidup di habitat mereka.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous articleSyafiq Yusof Timang Anak Lelaki Pertama, Datin Patimah Syukur Kini Ada 8 Cucu
Next articleSedih ! Wanita Sempat Lahirkan Bayinya Sebelum Maut Tersepit Ketika Gempa Bumi Di Syria
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here