Home Isu Semasa Lori Kontena Dari Syarikat Asal Isr4el Diarah Berpatah Balik Dari Masuk Malaysia

Lori Kontena Dari Syarikat Asal Isr4el Diarah Berpatah Balik Dari Masuk Malaysia

98
0

Setelah gagal memasuki Johor melalui jalan laut, kali ini mereka cuba memasuki Perlis melalui jalan darat. Itulah yang cuba dilakukan oleh sebuah syarikat kontena yang mempunyai logo ZIM, sebuah syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel.

Lori kontena tersebut dipercayai membawa muatan ayam sejuk beku dan telah dikesan di sempadan Malaysia-Thailand.

“Semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena digunakan berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu…”

“Oleh itu, lori terbabit ditahan bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut…”

“Kita segera mengarahkan lori kontena berisi barang dagangan berkenaan berpatah balik ke negara jiran pada hari sama…”

Namun, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengarahkan lori kontena tersebut untuk segera berpatah balik. Kejadian ini turut disahkan oleh Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim.

Kerajaan Malaysia sebelum ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan langsung dengan Israel dan akan menjalankan siasatan segera berhubung cubaan masuk kontena ZIM tersebut.

Sumber: Berita Harian

Previous articleIsu On Off Tudung, Qistina Raisah Bertudung Sebab Hormat Peraturan Di Kelantan
Next article“Saya Dulu Student, Takde Mesin Jahit, Tapi Dapat Buat Baju Siti Nurhaliza Di ABPBH..” – Rizman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here