Home Viral Polis Tahan Pelajar SPM Yang Memaki Penulis Kertas Sejarah SPM

Polis Tahan Pelajar SPM Yang Memaki Penulis Kertas Sejarah SPM

207
0

Polis menahan dua pelajar berhubung video tular di mana pelajar sekolah menengah meluahkan rasa kecewa dengan soalan dalam kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sejarah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua pelajar berusia 18 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang guru wanita.

sinetronmalaya.com spm gb“Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang guru mengenai rakaman tular yang menunjukkan pelajar melemparkan kata-kata penghinaan kerana didakwa kecewa dengan soalan dalam kertas sejarah.

Kemudian, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menyerbu sebuah rumah di sekitar Hulu Selangor dan menahan dua suspek dipercayai pelajar dalam rakaman itu.

Baca juga : Sedih ! Pelajar Ni Ikat Perut Makan Nasik Lauk “Kerak Ayam” Je, Buat Warganet Sebak

Baca juga :“”Perangai Macam Puaka!.. “-Rakaman Pelajar Merosakkan Harta Benda Sekolah

Katanya, polis merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek.Ujian saringan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

sinetronmalaya.com spm hb

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Susulan video itu, pelajat tersebut telah tampil di sebuah video yang lain, dengan memberikan penjelasan dan meminta maaf kepada pihak yang  berkenan.

Sumber : Tiktok

Previous article“Satu Dalam Sejuta Perempuan Macamni..” – Sedia Terima Kekurangan, Pengantin Wanita Dipuji Ramai
Next article“Wehh Teruk Gila, Apa Punya Mentality Lah Ni”-Penyakit Hoarding Menyusahkan Org Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here