Home Viral “Disebabkan Tiktok, Saya Hilang Adik…” – Keluarga Tuntut Keadilan Buat Mendiang Pempengaruh...

“Disebabkan Tiktok, Saya Hilang Adik…” – Keluarga Tuntut Keadilan Buat Mendiang Pempengaruh Esha

100
0

Tular di media sosial mengenai insiden yang menimpa pempengaruh media sosial bernama Esha sehingga menyebabkan ahli keluarganya menuntut keadilan untuknya.

Esha dilaporkan meninggal dunia akibat tekanan dari gangguan komen jelik oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu sejak sebulan lalu.

Mayat pempengaruh wanita berusia 30 tahun itu ditemui di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi pada hari Jumaat.

Susulan itu, keluarga mangsa menuntut keadilan buat mendiang selain tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian Esha atau nama sebenarnya Rajeswary Appahu.

Menurut kakak mendiang, Susila Appahu, 34, adiknya seorang yang baik dan tidak pernah mengganggu sesiapa.

Namun, dia tidak menyangka adiknya dibuli secara maya hanya kerana mendiang seorang wanita.

“Saya sudah hilang adik, saya anak sulung. Semua buli dia, banyak keluar dalam TikTok, carut, kotorkan nama dia, busukkan nama dia…”

“Adik saya bagus pada semua orang, dia tidak ada buat salah dekat (pada) sesiapa. Dia seorang yang kuat. Dia buat baik…”

“Semua buli dia sebab dia perempuan, dia tak boleh tahan. Dia sudah ‘hilang’ sekarang…”

Susila juga memohon agar orang ramai membantu keluarganya dalam usaha mendapatkan keadilan untuk adiknya.

“Tolong rakyat Malaysia bantu kami dapatkan keadilan untuk Esha…”

Perkara ini turut menarik perhatian Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil, yang menghadiri upacara pengkebumian mendiang.

Fahmi memberitahu bahawa beliau telah berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Digital, Gobind Singh Deo, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai perkara tersebut.

Isu tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan untuk mencari penyelesaian terbaik, meliputi aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Taknak Kahwin Lagi, Cukup Uqasha Seorang Sahaja..” – Kamal Adli
Next articleKanak-kanak termakan makanan ringan dicampur racun tikus meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here