Home Kisah rakyat Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya

Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya

397
0

Pembangunan yang begitu pesat di Malaysia memerlukan banyak buruh pekerja bagi menjayakan projek-projek yang tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun populasi rakyat Malaysia begitu besar iaitu mencecah 32 juta orang. Namun permintaan terhadap pekerja warga asing amat tinggi dek kerana tidak ramai warga tempatan yang mahu melakukan pekerjaan seperti itu.

gambar

Kebanyakan pekerja dalam sektor pembangunan adalah daripada negara Bangladesh. Walaupun mereka kelihatan comot, berpakaian sekadar ada, compang-camping dan sebagainya. Namun setiap seorang daripada mereka mempunyai kisah tersendiri di tempat asal mereka.

Ada suatu kisah kongsian Dr Goh Aik Ping yang membuka mata banyak pihak. Dia menceritakan tentang seorang pesakit warga Bangladesh yang dirawatnya tempoh hari. Dengan berpakaian lusuh siap berkasut kerja, jelas menampakkan dirinya sebagai seorang pekerja buruh binaan.

Namun, ada sesuatau yang mengejutkan Dr Goh Aik Ping. Buruh binaan yang dipandang rendah oleh masyarakat ini sebenarnya amat mahir dalam terma perubatan.

Dr Goh menyedarinya apabila warga Bangladesh itu mampu menyebut nama penyakit dan ubat-ubatan dalam istilah perubatan yang tepat.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu cirit-birit dan memberitahu yang dia mengesyaki dirinya menghidapi ‘disentri’, iaitu satu istilah untuk jangkitan usus. Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika, Saya kemudian bertanya bagaimana dia tahu istilah itu, tetapi dia hanya berdiam diri..” tulis Dr Goh

Selepas selesai membuat pemeriksaan, Dr Goh berkata yang dia telah mengalami keradangan dalam perut, iaitu gastroenteritis sebagai punca cirit-birit.

Sebelum sempat memberi priskripsi, pesakit itu bertanya jika beliau mempunyai ubat Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin..”

ubat

Dr Goh tertanya-tanya bagaimana dia boleh tahu tentang ubat-ubat ini, akhirnya identiti warga bangladesh itu terjawab. Dia merupakan ahli farmasi dan memiliki farmasinya sendiri di Bangladesh. Malah adiknya juga seorang doktor..

“Saya belajar farmasi dan adik pula seorang doktor. Saya ambil keputusan untuk meninggalkan Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke sana, Katanya.

Cerita ini sedikit sebanyak membuka mata ramai pihak tentang warga asing. Jangan lah kita pandang rendah terhadap mereka, kerana kadang kala mereka bukan sebarang orang. Malah ada yang mempunya ijazah..

Previous articleCara dapat duit percuma TNG E-Wallet
Next articleMengejutkan buaya hantar mayat budak mati lemas ke tepi sungai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here