Home Kehidupan “Menu Rahmah Tersangat Rahmah, Free Terus Dia Bagi”-Netizen

“Menu Rahmah Tersangat Rahmah, Free Terus Dia Bagi”-Netizen

374
0

Sekarang ini banyak kita mendengar orang menjual menu rahmah di mana menu rahmah bermaksud makanan tersebut dijual dengan harga yang murah iaitu RM 5. Baru sahaja tular di tiktok @rumahmakanpercuma di mana dalam video tersebut menunjukkan beberapa orang sedang makan di sebuah kedai. Menurut sumber, kedai tersebut memberi makan percuma sahaja kepada sesiapa yang datang. Perkara tersebut telah menarik perhatian ramai netizen.

“Dikala negara tengah viral dengan menu rahmah, mereka beri makan percuma. Semoga Allah beri ganjaran yg sebaik-baiknya”

“elok utk warga emas dtg mkn x payah penat² masak ..yg muda² tu bole bantu bawak kn”

Baca juga : Menu Rahmah Inisiatif Terbaik Bantu Golongan Yang Memerlukan

Baca juga : Menarik ! Kerajaan Akan Membangunkan Aplikasi Online Menu Rahmah

Di ruangan komen terdapat juga orang yang mahu menghulurkan sumbangan berbetuk duit namun ditolak oleh pemilik gerai tersebut.

“Maaf. Pihak kami tidak menerima sebarang sumbangan duit namun sis boleh berikan sumbangan berbentuk barangan dan kirimkan kepada lokasi kami.”

Kedai tersebut terletak di Kedah.

Lihat sedutan klip video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Noori0812aerinoori08 : saya ni dah rosak ke arr? video macam ni pun boleh buat sya menangis.. terharunyaa.. Terima kasih orang baik

@user5795779438597 : Setiap butir nasi tu adalah pahala

@Voldemort : kdng kita tgk org tu okey ja. .tp mngkin dlm poket dya cuma ada brapa ringgit ja. .mngkin x cukup utk mkn. .smoga terus murah rezeki

@kak orkid : allahuuu,rumah makan percuma ada buka tabung x? nak bagi banyk2 xmampu, nk jugak sumbang 10,20ringgit.

@Noor Asrita : Ya Allah..kau murahkn lg rzeki owner kdai ni..sihatkn tbuh bdannya…jauhkn lah beliau dr sgala musibat, mudahkn lah urusannya Dunia akhirat, aamiin

Di ruangan komen ramai orang yang mendoakan pengusaha kedai tersebut. Jarang sekali kita melihat orang membuka kedai secara percuma.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“The One And Only Lato-Lato Yg Aku Approve!!!”-Pakcik Jual Lato-Lato Anti Bunyi
Next articleRamai Gila Bayang, Park Seo Joon Datang Malaysia. Peminat Sanggup Kejar Dari KLIA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here