Home Kehidupan “The One And Only Lato-Lato Yg Aku Approve!!!”-Pakcik Jual Lato-Lato Anti Bunyi

“The One And Only Lato-Lato Yg Aku Approve!!!”-Pakcik Jual Lato-Lato Anti Bunyi

143
0

Pakcik suruh viralkan dia. Lato-lato anti bengkak. Lokasi di Pasar Pagi Jerteh.

Baru dua hari lepas tular sebuah video di mana dalam rakaman tersebut menunjukkan seorang pakcik bersama dengan bola-bola kecil yang dicantumkan seperti lato-lato. Sekarang ini tular permainan lato-lato namun permainan tersebut mendapat tentangan ramai pihak khususnya dari orang dewasa kerana mereka tidak tahan dengan bunyi yang dikeluarkan oleh permainan tersebut yang sangat membingitkan telinga. Bukan sahaja membingitkan telinga malah permainan tersebut banyak menimbulkan masalah kepada rakyat.

Baca juga : “Nak Marah Tapi Kena Sabar”-Video Kanak-Kanak Main Lato2 Dalam Surau Curi Perhatian

Baca juga : “Lagi Kes Lato-Lato ! Wanita Kecewa Cermin Keretanya Pecah”-Dakwa Akibat Lato-Lato

Permainan yang dijual oleh pakcik ini bukanlah suatu inovasi yang baru kerana terdapat beberapa komen yang menunjukkan bahawa permainan tersebut sebenarnya sudah laman ada.

“Ingt dulu mase kecik2 nk sangat bola ni tp xmmpu nk beli..”

“ni masa aku kecik dlu mraung nk beli ..sbb comel”

“bola ni dari zaman aku kecik² dlu..dlm nye belon..rindu zaman kanak²”

Lihat video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa komen warganet :

@Amilia Zulaikha : Molek la utk budak2 kecik, anti bunyi jgk

@kakttehshop : molek lah bui ko bdk² kecik ,,tok bahaya

@ManJamal : yang penting TAK Bising

@Lot48 : Pakcik ni mesti dah tak tahan dgn bunyi lato-lato tu yg dia jual lato-lato anti bunyi

@Umie Aris : ni baru betoi.. yang lain tu bingit ja dengar.. anak jiran kena marah ngan mak dia.. sy gelak ja

Sesiapa yang berminat dengan permaina dalam video tersebut bolehlah berjumpa dengan pakcik tersebut. Katanya dijual di Pasar Pagi Jerteh.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Salah Longkang Tu Bkn Salah Perempuan”-Kereta ‘Baru’ Terhumban Ke Dlm Longkang
Next article“Menu Rahmah Tersangat Rahmah, Free Terus Dia Bagi”-Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here