Home Isu Semasa Mental sudah koyak, akhirnya Shuib buat sidang media berjumpa individu pemfitnah

Mental sudah koyak, akhirnya Shuib buat sidang media berjumpa individu pemfitnah

175
0

Menerusi sidang media Shuib bersama individu yang memfitnahnya di Tiktok, Shuib telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap individu-individu yang telah menfitnah dirinya. Semalam, Shuib telah mencari beberapa individu yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan bahawa Shuib merupakan seorang daripada Ahli Freemason. Kenyataan mengenai Shuib yang telah membun*h isterinya iaitu Allahyarham Siti Sarah juga telah tular kerana ada yang mengatakan bahawa Shuib tidak membenarkan Arwah isterinya untuk mengambil Vaksin Covid-19.

“Kau nak tuduh aku bun*h isteri aku ke? cuba kalau kau dekat tempat aku, kau tahu macam mana isteri kau meninggal tapi orang cakap kau yang bun*h dia…” – Shuib

“Aku tak usik pun kau dan kau pun tak kenal pun keluarga aku, tapi kau usik keluarga aku…” – Katanya

Shuib yang sangat sebak dan marah terhadap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab tersebut meluahkan rasa geram dan sedihnya kepada orang ramai.

Shuib juga mengatakan bahawa beliau mengatakan bahawa beliau telah memaafkan seorang individu yang terlibat dengan perkara tersebut. Namun, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang bernama John yang tidak kesal dengan tindakan yang dilakukan olehnya. Shuib telah menjadi bualan orang ramai sejak beliau bercinta bersama ahli perniagaan. Setelah melansungkan perkahwinannya bersama Watie, kecaman yang dihadapi olehnya makin menjadi-jadi.

Lihat klip di bawah:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Astro Gempak (@astrogempak)

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok, Instagram

Previous articleTan Sri Kadir Tak Mahu Jatuhkan ‘Level’ Setaraf Aliff Syukri Isu Hutang Puluhan Juta
Next articleMenuduh Shuib Ahli Freemason dan merupakan punca kematian Siti Sarah, sekali Individu ini merayu mohon maaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here