Home Isu Semasa Presiden Iran Dan Menteri Ditemui Meninggal Dunia Disebabkan Nahas Helikopter

Presiden Iran Dan Menteri Ditemui Meninggal Dunia Disebabkan Nahas Helikopter

144
0

Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dilaporkan meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menurut agensi berita Iran, IRINN dan Mehr News, tiada mangsa yang terselamat ditemui di lokasi nahas helikopter tersebut. Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan helikopter yang hilang itu ditemui dalam keadaan ‘terbakar sepenuhnya’.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

“Helikopter itu telah ditemui. Sekarang, kami bergerak ke arah helikopter…” – Bulan Sabit Merah

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter tersebut, termasuk Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian, terkorban dalam nahas itu. Persatuan Bulan Sabit Merah Iran mengesahkan telah tiba di tapak nahas setelah dron milik Turki mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Sebanyak 73 pasukan, termasuk unit anjing pengesan, dikerah ke kawasan tersebut namun mereka menghadapi cuaca hujan dan kabus tebal. Terdahulu, helikopter yang membawa Presiden dan Menteri Luar Iran itu dilaporkan terpaksa melakukan ‘pendaratan kecemasan’ di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Insiden tersebut berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev. Penduduk tempatan dilaporkan mendengar ‘bunyi kuat’ di wilayah berkenaan tidak lama selepas itu.

Sumber: Astro Awani

Previous articleFounder Dedah Suami Berskandal Dengan 3 Orang Bibik di Rumah
Next article“Tak Sangka CikB Ada Bakat Berlakon, Berdekah Tengok Dia..” – Cik B Pelakon Jemputan Sepahtu Reunion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here