Home Viral Menuduh Shuib Ahli Freemason dan merupakan punca kematian Siti Sarah, sekali Individu...

Menuduh Shuib Ahli Freemason dan merupakan punca kematian Siti Sarah, sekali Individu ini merayu mohon maaf

213
0

Baru-baru ini Shuib telah menjadi bualan hangat orang ramai apabila beberapa individu memfitnah Shuib sebagai Ahli Freemason dan merupakan punca kematian Allahyarham Siti Sarah. Menerusi perkongsian yang dibuat Instagram Indigitalmusic, Shuib telah bertemu lelaki yang dikenali sebagai Zulhairi itu kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan penjelasan berkenaan tuduhan tersebut.

Shuib mengatakan yang dia terbuka hati untuk memaafkan individu terbabit kerana beradab datang bertemunya hari ini.Dalam pertemuan yang berlangsung di Kafe Bubblebee Bandar Sri Permaisuri, Cheras, penyampai radio Suria FM itu turut menasihati Zulhairi supaya tidak mengulangi perbuatan menfitnah dirinya serta keluarga lagi.

“Sejak bercakap di telefon semalam (Isnin), saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zuhairi tampil dan memohon maaf.

“Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini,” katanya.

Individu yang menfitnah Shuib tersebut yang dikenali sebagai Zuhairi memohon maaf kepada Shuib, Watie, ahli keluarga Shuib dan ahli keluarga Arwah Siti Sarah. Beliau turut mengatakan bahawa beliau hanya ‘copy paste’ kenyataan daripada individu lain dan meletakkan di ‘Timeline’ beliau tanpa meletakkan kredit terhadap empunya.

“Saya memang sudah lama ingin mencari Shuib dan alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya dapat bercakap dengannya berhadapan untuk meminta maaf…” – Zuhairi

“Saya memohon maaf terhadap Shuib, Watie, ahli keluarga Shuib dan Arwah Siti Sarah terhadap perbuatan yang saya telah lakukan…” – Katanya

Lihat klip video di bawah:

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram

Previous articleMental sudah koyak, akhirnya Shuib buat sidang media berjumpa individu pemfitnah
Next articleAnak Diliwat Di Sekolah Tahfiz, Kes Sering Ditangguhkan Dengan Alasan Yang Tidak Munasabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here