Home Uncategorized Jenazah Lelaki Serang Balai Polis Dikebumikan, Kubur Dijarakkan Sebagai Tanda Peringatan

Jenazah Lelaki Serang Balai Polis Dikebumikan, Kubur Dijarakkan Sebagai Tanda Peringatan

96
0

Heboh di laman sosial baru-baru ini apabila Balai Polis Ulu Tiram diserang oleh suspek yang bertindak membunuh dua anggota polis.

Jenazah lelaki yang ditembak mati kerana menyerang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan sekitar pukul 12.30 tengah hari, Isnin di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru, Johor.

Ketua Kampung Sungai Tiram, Muhamad Mohamed Som berkata pihaknya dimaklumkan Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek dengan kubur orang awam lain.

Oleh itu dia berkata pihaknya menyediakan tapak kubur di hujung kawasan tanah perkuburan berkenaan, menurut laporan.

Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam satu kenyataan berkata tindakan menjarakkan kubur suspek merupakan satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

kubur

“Fatwa ke atas jenazah suspek ini sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek apatah lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tidak melakukan salah dan silap terhadap suspek.

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” kata kenyataan berkenaan.
Turut dilaporkan, prosedur pengebumian hanya dihadiri beberapa penduduk kampung selain pegawai dan anggota polis yang memantau keadaan sekitar.

Petugas media yang hadir untuk membuat liputan juga dihalang pihak berkuasa dan dinasihati tidak menghampiri khemah perkuburan yang disediakan.
Terdahulu pada Jumaat, dua anggota polis yang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram maut setelah diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap bersenjatakan parang.

Dalam insiden yang berlaku pada pukul 2.54 pagi Jumaat itu, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi anggota, Allhayarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dilaporkan ditembak di muka. Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera di bahagian bahu dan perut akibat ditembak kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan berada dalam keadaan stabil.

Previous article“Tak Sangka CikB Ada Bakat Berlakon, Berdekah Tengok Dia..” – Cik B Pelakon Jemputan Sepahtu Reunion
Next article15 Individu Memasak Di Stesen Minak Ditahan Polis, Ini Nasib Empat Daripada Mereka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here