Home Netizen “Maafkan Saya, Saya Manusia Biasa..” – Akhirnya Aaron Aziz Tampil Minta Maaf

“Maafkan Saya, Saya Manusia Biasa..” – Akhirnya Aaron Aziz Tampil Minta Maaf

229
0

Baru-baru ini, pelakon Aaron Aziz menerima kecaman dan kritikan orang ramai apabila bertindak meletakkan seekor ular sawa di atas sangkar yang berisi beberapa ekor anak kucing menerusi video live di TikTk.

Tindakan tersebut membuatkan Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) terpanggil untuk menegur pelakon terbabit yang merasakan beliau tidak sensitif dan peka dengan persekitaran.

Pihak PHM menyatakan bahawa perbuatan tersebut akan mengakibatkan trauma terhadap anak-anak kucing itu.

Kapsyen penuh pihak PHM:

Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walau dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh berdekatan.

Aron Aziz mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan @lembagakebajikanhaiwan @dvsmalaysia_official yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan bahaya seperti terkandung dalam 5 Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.

Manakala Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seliaan @perhilitan_malaysia pula menggariskan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai Lesen untuk memiliki haiwan liar dan mengadakan persembahan atau tayangan umum sama ada di jalanan arau media sosial.

Kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan haiwan sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.

sinetronmalaya.com aaronkuching 2jpg

Sumber: IG AnimalMalaysia

Menerusi perkembangan lain, Aaron menjelaskan bahawa tindakannya memegang haiwan reptilia itu hanya sekadar lakonan dan ada pakar haiwan yang mengawasi persekitaran ketika itu.

Aaron menegaskan bahawa anak-anak kucing terbabit tidak mengalami trauma seperti yang didakwa dan dia sendiri memelihara kucing di rumah tidak tergamak melihat haiwan itu mengalami kesan trauma.

Baca Juga: “Dia Dah Tua, Dia Dah Gemuk..” – Rupanya Ini Sebab Syamsul Yusof Buang Aaron Aziz

Perkongsian Aaron Aziz minta maaf secara terbuka dalam halaman media sosial miliknya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Aaron Aziz , LM

Previous articleSuami Miera Leyana Nafi Dakwaan Tidak Beri Nafkah Pada Isteri Pertama
Next article“Kali Pertama Sambut Hari Lahir” -Reaksi Pengawal Keselamatan Ini Buat Ramai Yang Sebak
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here