Home Hiburan “Dia Dah Tua, Dia Dah Gemuk..” – Rupanya Ini Sebab Syamsul Yusof...

“Dia Dah Tua, Dia Dah Gemuk..” – Rupanya Ini Sebab Syamsul Yusof Buang Aaron Aziz

244
0

Panas di media sosial apabila pelakon terkenal, Aaron Aziz berkata yang dia telah dibuang dari filem Original Gangster.

Namun menurut Syamsul, bukan kehendaknya 100 peratus untuk menggugurkan Aaron Aziz daripada membintangi filem itu, sebaliknya ia adalah keputusan dan kata sepakat daripada pihak penerbit serta barisan pelakon lain yang terlibat.

“Minta maaf, tetapi saya perlu cakap benda betul dekat sini. Sayalah orang terakhir yang mahu menggugurkan nama Aaron Aziz dalam filem ini.

“Penerbit saya dah cakap Syamsul, Aaron tak boleh, dia dah tua, dia dah gemuk. Saya cakap kita beri Aaron masa sebab dia dah janji dengan saya dia boleh kuruskan badan, dia boleh ‘training’.

“Saya berbincang dengan beberapa orang penerbit yang terlibat dengan filem ini bahawa saya sanggup ‘extend’ waktu penggambaran untuk beri masa pada Aaron Aziz.

“Namun sebab pertama nama Aaron Aziz digugurkan daripada filem ini adalah kerana, sebagai seorang sahabat, saya takut apa-apa terjadi dengannya sewaktu penggambaran terutamanya babak-babak aksi kerana dia mengalami sakit slipped disc.

“Jika ada apa-apa yang berlaku nanti saya pula yang akan dipersalahkan,” jelasnya ketika ditemui di sidang media khas pada semalam.

Selain itu, keputusan ini dibuat selepas dia diberitahu para pelakon yang terlibat termasuk Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy serta pasukan koreografi juga barisan penerbit bahawa mereka tidak yakin Aaron Aziz dapat berlakon filem ini kerana kondisi dirinya.

“Sebelum menjalani penggambaran, kita ada proses latihan. Semua beritahu saya bahawa Aaron ada masalah sewaktu sesi latihan termasuk masalah disiplin. Saya kalau boleh tak nak cakap benda ni. Tetapi saya terpaksa cakap. Semua orang ada masalah dengan dia.

“Tetapi saya masih ingin berikan dia peluang kerana saya faham dia tengah sakit. Mereka juga ada berkongsi video sesi latihan dengan saya.

“Namun, setelah berbincang, memang kita tidak boleh buat apa-apa. Masalah kesihatan ini tidak boleh dibuat main,” kongsinya.

Tambah Syamsul lagi, dia sendiri yang menghubungi Aaron untuk memberitahu bahawa pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya.

“Saya hubungi dia dan minta maaf kerana terpaksa menggugurkan nama dia walaupun saya sayangkan dia.

“Sayalah orang pertama yang nak dia jadi hero filem ini, I still believe in Aaron Aziz. Tetapi nak buat macam mana, mungkin kerana faktor usia dan kesihatan.

“Dan, ketika itulah dia melantun. Dia cakap ini mesti keputusan daripada pihak saya. Tetapi saya cakap saya tak boleh buat apa-apa. Saya dah cuba pujuk dan lakukan yang terbaik untuk meyakinkan pihak penerbit.

“Saya beritahu padanya, bro aku tak nak bergaduh dengan kau. You are still my brother no matter what. Tetapi kalau itulah pandangan kau terhadap aku, aku nak buat macam mana bro?” ujarnya.

Namun kata Syamsul, dia terkilan kenapa baru sekarang Aaron ingin membesarkan hal ini di saat dia sedang bergelut dengan masalah rumah tangganya bersama Puteri Sarah.

“Aaron Aziz kata saya kena minta maaf dengan dia. ‘Jangan sampai aku buka aib kau’. Apa benda ni? Inikah Aaron Aziz yang aku kenal selama ini? Hero yang aku pandang tinggi?

“Lepas tu tak habis-habis buat ‘live’ di Tik Tok perli-perli saya cakap tahulah dia dah besar, ada rumah besar, kereta besar. Ini cerita apa ni? What are you talking about? Nak saya jumpa dia dan minta maaf. Atas sebab apa? Saya tak faham.

“Secara umum saya cakap, kita sebagai seorang selebriti kalau rasa nama kita dah goyah atau jatuh, nombor satu kita kena percaya rezeki Allah.

“Lebih atau kurang Kita kena terima. Lepas tu kita cuba buktikan dengan hasil kerja kita dengan bakat yang Allah kurniakan.

“Bukan cari point macam mana nak naikkan nama balik dengan menunggang kisah orang lain,” katanya.

Kongsi Syamsul lagi, sebagai seorang pelakon, dia juga pernah melalui pengalaman nama terpaksa digugurkan daripada membintangi sebuah filem arahan Adrian Teh.

“Adrian mahu saya buat beberapa latihan ‘weight training’. Bila dah dekat tempoh penggambaran, saya tak dapat ‘deliver’ kehendak watak yang pengarah inginkan. Adrian ada hak sebagai pengarah.

“Dia kata, Syamsul saya terpaksa gugurkan nama awak sebab saya tak dapat ‘deliver’ apa yang dia nak. Tetapi saya terima. Tak ada pula saya gunakan media sosial untuk hentam Adrian,” kongsinya.

Previous article“Dik…Ko Belajar Ke Partime Kat Situ..”-Tak Padan Dgn Kecik, Semua Benda Nak Tolong
Next article“Korang Boleh Makan Dan Minum Di Hadapan Saya Ketika Saya Berpuasa”-Mesej Lelaki Ni Buat Ramai Yang Terharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here