Home Kisah rakyat Diberhentikan Kerja Sehingga Sujud Di Kaki Dan Merayu, Tetapi Tidak Dilayan

Diberhentikan Kerja Sehingga Sujud Di Kaki Dan Merayu, Tetapi Tidak Dilayan

216
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok logesh_231, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang pemuda yang dikenali sebagai Logesh, telah berkongsi kisah mengenai beliau yang diberhentikan kerja serta-merta. Beliau mengatakan ingin ke syarikat FoodPanda untuk membeli baju hujan. Namun setelah beliau sampai ke destinasi, beliau telah dipanggil oleh pekerja syarikat FoodPanda dan bertanya kepadanya jika beliau ada membuat silap memberi ID akaun nya kepada orang lain.

Oleh itu, Logesh mengatakan beliau sememangnya memberi rakan beliau pinjam sebentar ID akaun nya. Disebabkan itu, Logesh telah diberhentikan kerja serta-merta dan tidak boleh bekerja sebagai penghantar makanan di syarikat FoodPanda lagi. Beliau turut mengatakan telah merayu dan memohon maaf sehingga melutut di hadapan pekerja tersebut. Namun beliau tidak diendahkan.

Baca lagi: “Berhenti Kerja Lah Pekerja KWSP” – Netizen Luah KetidakPuasan Hati

Baca lagi: Menyamar Sebagai Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Siap Minta Angpow Setiap Rumah

Lihat klip durasi pendek Logesh berkongsi pengalaman nya diberhentikan kerja oleh syarikat FoodPanda:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@NazOth: Stay strong Logesh! There’s something about U that made me stayed til the end of this video. U have an X Factor and may that lead u to bounce back

@yayaaaaa: takpe ade rezeki lain dkt luar sana tuu ,jangan give up okay

@Iman Rashid: Semoga u dapat job lain yang lagi better, better and BETTER. Kepada Razak tuuu, semoga hg keluaq rumah terlupa tutup zip sluaq

@Yam | Sunscreen Kulit Sensitif: Adoi saya nangis part sujud kaki tu. U dont have to do that adik. I doakan u dapat kerja lagi baik tau. Kuatkan semangat!

@Ladvirlynna_Christlynn: Dari cara awk bercakap..dh tau org awk org bijak baik dan mesti seorg yg sgt struggle demi fmly..sabar dik, pasti ada masa Tuhan akn angkat darjat awk

@aisyahzahra1870: Tak dik, kerja u sangat mulia.. biasa klau saya order sy akan bagi tip kat adik2 rider ni sebab saya tahu it’s not easy to do this job.

@Amsyarleee: Bang, saya percaya abg akan ada rezeki yang besar nanti. Yg penting jangan putus asa okay!

@aniqsuhair: Its okay bro, i feel u. keep going.. ada hikmah tu. find other job, banyak lagi opportunities. Rezeki tu luas. Keep going bro!

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan berasa simpati dengan kisahnya. Ada juga yang mendoakan semoga beliau dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk menghadapi pelbagai dugaan yang akan datang. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1M penonton, 90.8K sukaan dan 4980 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleWanita Ini Bengang, Harga Masak Sayur Kangkung Tak Masuk Akal
Next article“Peminat Iphone Tolong Hadir” – Review Iphone Digoreng Tarik Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here