Home Viral Tangan Kiri Tiada Tindak Balas, Faisal Halim Masih Dipantau Di ICU

Tangan Kiri Tiada Tindak Balas, Faisal Halim Masih Dipantau Di ICU

64
0

Tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, kini sedang dipantau dengan cermat oleh pihak hospital selepas tangan kirinya didapati sukar untuk bergerak.

Difahamkan, tangan pemain bola sepak berusia 26 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas selepas mengalami kecederaan teruk akibat insiden disimbah asid pada Ahad yang lalu.

Berita tersebut disampaikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, melalui satu hantaran viral yang dimuat naik di akaun media sosialnya pada Selasa.

Dalam hantaran tersebut, Fina turut memberitahu bahawa pemain sayap negara itu tidak dibenarkan menerima pelawat bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan kuman.

“Tiada tindak balas pada tangan belah kiri, Faisal Halim kini dalam pemantauan rapi…”

“Dengan kecederaan melecur tahap empat, pemain kesayangan kita tidak mampu menerima ramai pelawat untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman dari berlaku…”

Sehubungan dengan itu, Faisal dikatakan bakal menerima ubat khas dari Australia bagi merawat kecederaan akibat tindak balas asid pada tangan, rusuk, dan bahu.

Dalam perkembangan terkini, Faisal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, menyatakan bahawa Faisal mengalami kesakitan yang teramat dan mengadu rasa terbakar dalam kulit.

Sebelum ini, Faisal yang mesra dipanggil “Mickey” disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad yang lalu di sebuah pusat beli-belah di sekitar Petaling Jaya.

Insiden yang mengakibatkan kecederaan serius di beberapa bahagian badan Faisal itu berlaku hanya beberapa hari selepas pemain kebangsaan lain, Akhyar Rashid, disamun.

Tidak hanya mengalami kerugian kewangan yang besar, Akhyar juga diserang secara fizikal dengan menggunakan cota dalam insiden yang menakutkan di Terengganu.

Kedua-dua insiden tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Suami Ini Pinjaman Tuhan, Kalau Tak Diambil Tuhan, Dia Diambil Orang..” – Janna Nick
Next article“Dia Tidak Pernah Buat Hal, Aliff Seorang Yang Pemurah Dekat Set Dan Ramai Senang Hati Dengan Dia…” – Ummi Nazeera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here