Home Isu Semasa Menyamar Sebagai Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Siap Minta Angpow Setiap Rumah

Menyamar Sebagai Pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Siap Minta Angpow Setiap Rumah

213
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok sangkuriangpenang1, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki kantoi menyamar sebagai pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan meminta duit raya di kawasan rumah berbangsa Cina. Seperti yang diperkatakan oleh seorang lelaki yang merekod klip durasi pendek ini mengatakan perkara ini sudah banyak berlaku dan beberapa orang yang menyamar sebagai pekerja MBPP juga dapat ditangkap.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini berlaku kerana rakyat mudah berasa kasihan dengan orang tersebut tetapi apa yang dilakukan oleh beliau sememangnya salah. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka menghadapi perkara yang sama seperti ini. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 576.6K penonton, 19.3K sukaan dan 850 komen.

Baca lagi: Tidak Perlu Lagi Menyamar Untuk Panjat, Menara Merdeka 118 Kini Dibuka Untuk Orang Awam

Baca lagi: Pekerja Bangla Mengadu Sakit Perut, Sekali Doktor Tergamam Apabila Tahu Identiti Nya

Lihat klip durasi pendek seorang lelaki kantoi menyamar sebagai pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga apa kata orang ramai:

@hana: takleh ak mcm2 nie..ksian tgk muka dia ..tulah ak takleh jdi polis..cpt ksian

@Chew Chee Yong: kalau tak ambik tindakan …Akan berleluasa…di kaw saya Lori sampah siap hulur tangan mtk angpow

@Zaed Sadri: kena buat aduan rasmi ke balai polis…biar yg salah diperbetulkan…menyamar sebagai kakitangan majlis atau mana2 agensi memng salah

@The.Dressar: Mungkin dia terdesak sangat tapi tulah, salah tetap salah. Paklong tu mintak maaf dah. Harap selesai elok dan bg dia pengajaran setimpal.

@cholan raja: kat kawasan subang jaya puchong pun banyak pakai baju buat sama tapi warga asing..

@kepalakacau: Ini sbb bila brhnti keja wajib plgkan uniform xkira buruk@ elok.Utk elak bnda2 mcm ni la.. Tp bila mtk dmkinya kita syrkt kdkut. Bju bruk pun mtk blik

@Norhayati73: tangkap bagi kat polis je untuk pengajaran dia skrg ni ramai sgt nak cari duit jln senang

@arzian: teguran kena ada supaya dia cari rezeki dgn cara yg baik selepas ni..kita semua perlu berhati2

@din kominih: bagus la tindakan tu….saya respect la.apa pun setiap tindakan jgn berkasar

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Nyaris Jatuh Gaung” – Kemalangan di Genting Highlands
Next articleIni Sebab-Sebabnya Kenapa Org Zaman Dulu Suka Bela Ikan Puyu
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here