Home Viral “Sebenarnya Pada Faz Kita Tak Boleh Salahkan Penyondol Semata, Kita Tak Tahu...

“Sebenarnya Pada Faz Kita Tak Boleh Salahkan Penyondol Semata, Kita Tak Tahu Apa Yang Terjadi Dalam Sesebuah Perkahwinan…” – Fazura

134
0

Pelakon cantik, Nur Fazura, merasa bersyukur kerana peranannya sebagai isteri kedua kepada Syed Mirza, dilakonkan oleh Datuk Adi Putra dalam drama Lelaki Itu, mendapat pujian yang banyak.

Fazura menyatakan bahawa pada mulanya dia berasa takut dan bimbang untuk menghayati watak Imani. Namun, selepas mempelajari jalan cerita naskhah tersebut, dia cuba membawa watak ‘penyondol’ dengan gaya tersendiri.

“Kita jadikan ikhtibar, mungkin pada Faz sekali dalam sebuah Marriage tu We Cannot Judge…”

“Bila kita cakap pasal penyondol tu sebab rakyat Malaysia ni emosi, bila dia tengok pelakon tu dia akan marah Faz…”

Menurut Fazura, dia sedar bahawa watak Imani yang dilakonkannya turut mendapat kecaman daripada penonton. Namun, sebagai seorang pelakon, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dan berusaha menjayakan watak itu dengan sebaik mungkin.

“Sebenarnya pada Faz kita tak boleh salahkan penyondol semata, kita tak tahu apa yang terjadi dalam sesebuah perkahwinan tu…”

“Dalam Lelaki Itu tu kita dah paparkan dah, Imani tu dia bukan penyondol, dia tak memikat Bos dia pun cuma kebetulan terjatuh cinta…”

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon wanita tersebut.

Drama bersiri Lelaki Itu yang diterima dengan amat baik oleh penonton. Drama Lelaki Itu mencatatkan lebih daripada 1.13 bilion capaian dalam media sosial, selain menerima maklum balas positif daripada penonton.

Kejayaan ini disebabkan oleh jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan kandungan yang memberi kesedaran, terutama dalam isu faraid.

Drama Lelaki Itu merupakan hasil karya pengeluar dan pengarah terkenal, Erma Fatima, dengan arahan dari Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif.

Selain Fazura, drama ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian, dan Sophia Al-Barakbah.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Case Closed Sesiapa Masih Tidak Puas Hati Dengan Cara Elis, Boleh Move On…” – Caprice
Next article“Satu Fenomena Suatu Ketika Dahulu..” – Ramai Harap Fiq Mentor Comeback

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here