Home Viral “Case Closed Sesiapa Masih Tidak Puas Hati Dengan Cara Elis, Boleh Move...

“Case Closed Sesiapa Masih Tidak Puas Hati Dengan Cara Elis, Boleh Move On…” – Caprice

54
0

Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh penyanyi rap Caprice telah menjadi viral, menunjukkan seorang pemuda diminta melutut untuk memohon maaf kepada isteri dan anaknya selepas menghina mereka di media sosial.

Setelah menerima banyak kritikan, Caprice memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama abang kepada pemuda tersebut, yang dikenali sebagai Irfan.

Katanya, ibu mereka tidak mempunyai masalah dengan perkara itu dan berharap isu tersebut tidak diperkatakan lagi.

“Okay je Cap. Dah sekolah macam biasa. Saya call ibu saya setiap hari. Alhamdulillah dia okay…”

“Adik saya sendiri yang nak pergi jumpa Cap minta maaf. Sebab dosa sesama manusia dengan berjumpa depan-depan untuk meminta kemaafan…”

Dalam pada itu, penyanyi rap ini juga berharap agar orang ramai tidak lagi mengulas isu tersebut, mengingat ahli keluarga pemuda itu sendiri tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.

Caprice juga terlihat mengajak netizen untuk bersama-sama menentang budaya buli siber yang menjadi punca kejadian tersebut.

“Kes ditutup. Pihak atau ibu pemuda itu pun okay dengan tindakan kami. Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak puas hati dengan cara Elis, dah boleh move on…”

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Kacau Laki Orang Itu Penyondol, Kacau Laki Orang Itu Namanya Ruhainies..” – Baby Shima Cipta Lagu Menganjing Ruhainies
Next article“Sebenarnya Pada Faz Kita Tak Boleh Salahkan Penyondol Semata, Kita Tak Tahu Apa Yang Terjadi Dalam Sesebuah Perkahwinan…” – Fazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here