Home Viral “Saya Macam Pelik Siapa Yang Beritahu…” – Live Tiktok Aslam Mengejutkan Ramai

“Saya Macam Pelik Siapa Yang Beritahu…” – Live Tiktok Aslam Mengejutkan Ramai

160
0

Pertama kali muncul di aplikasi TikTok, menantu kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam mengaku pernah bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat e-hailing untuk mencari pendapatan. Aslam menyatakan bahawa dia melakukan pekerjaan tersebut sekitar dua tahun yang lalu dan hanya bekerja selama enam bulan sahaja.

“Kelmarin saya tengah main telefon bimbit lepas itu ada orang cakap dekat saya, asal orang cakap kau bawa grab?…”

“Lepas itu saya macam pelik siapa pula beritahu? Jadi saya pun tengok di media sosial baru tahu…”

“Memang betul pun, saya pernah buat Grab tapi tahun 2022 tak sampai enam bulan sekarang dah tak buat…”

Aslam mengongsi perkara tersebut semasa sesi siaran langsung di akaun TikToknya pada malam Selasa. Dalam siaran langsung tersebut, suami kepada Misya dan Marissa Dania ini mendapat ribuan tontonan dari pengikutnya. Ketika berkongsi cerita tentang pengalaman sebagai pemandu e-hailing, Aslam menyatakan bahawa dia terpengaruh dengan ajakan kenalan yang memberitahu bahawa bayaran bagi pekerjaan tersebut sangat berbaloi.

“Sebelum itu saya kerja lain, waktu 2022 itu banyak dalam group ada orang cakap buatlah Grab dapat banyak untung…”

“Saya pun macam tak percaya, saya pun buatlah sebab kereta saya tu dulu saya beli lepas itu tak jalan pun, saya bayar macam itu je lepas itu saya buatlah Grab…”

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pekerjaan terkininya, Aslam enggan memberikan komen lanjut. Sebelum ini, melalui perkongsian di TikTok, Aslam memuat naik gambar dirinya memakai baju seragam serta memegang topi keledar syarikat e-hailing tersebut. Untuk rekod, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand, semasa isteri pertamanya iaitu Misya sedang menjalani umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu. Kisah kontroversi mereka mula menjadi perbualan orang ramai pada September tahun lalu apabila Marissa dituduh sebagai pihak ketiga yang menyebabkan perceraian antara Aslam dan Misya. Walaubagaimanapun, mereka kemudiannya bersatu semula semasa masih dalam tempoh iddah.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rosebiru (@mediarosebiru)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dia Tidak Pernah Buat Hal, Aliff Seorang Yang Pemurah Dekat Set Dan Ramai Senang Hati Dengan Dia…” – Ummi Nazeera
Next articleAlhamdulillah Faisal Halim Kini Stabil, Individu Simbah Asid Bimbang Bukti Tertinggal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here