Home Viral Anak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM

Anak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM

427
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Facebook Sweetdara KmBeauty_Mary KL, dan telah ditular baru-baru ini.

Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM merupakan seorang usahawan kecantikan. Beliau juga merupakan anak kepada pelakon veteran yang dikenali ramai iaitu Normah Damanhuri. Beliau telah membuat satu siaran langsung di media sosial dan mendapat perhatian ramai mengenai anak perempuannya yang bernama Rania Razman memberontak dan tidak mahu ke sekolah.

Kak KM juga kelihatan buntu apabila anak perempuannya bertindak hingga mengurungkan diri dalam bilik sebegitu. Beliau juga telah memujuk untuk anaknya buka pintu tersebut. Rania bagaimanapun meraung-raung dengan mempertikaikan janji ibunya dengan membenarkan dia tidak pergi ke sekolah. Malah Rania juga berulang kali menyebut bahawa beliau tidak mahu ke sekolah.

“Babu tak nak pergi ke sekolah” -Kata Rania

Baca lagi: Wanita Ini Terkejut Lihat Anaknya Di ‘Breastfeeding’ Oleh Orang Lain Tanpa Izin

Baca lagi: “Seriau tengok dia angkat anak sulung macam tu, baru bersalin 2 hari lepas” -Netizen

Lihat klip durasi pendek dibawah:

Setelah itu, Kak KM juga bertindak menggunakan ‘dumbbell’ untuk memecahkan pintu bilik anak ketiganya. Namun, tidak berjaya kerana tombol pitu bilik tersebut adalah jenis tahan lasak. Selain Kak KM, suaminya juga turut memujuk anak mereka untuk keluar dari bilik tetapi Rania tetap berkeras hati juga dan tetap pendirian tidak mahu pergi ke sekolah.

“Orang tak nak pergi sekolah, benci betullah. Semua orang tak sayang baby. Mama memang tak sayang baby lah, Mama memang tak sayang baby, baby nak mati…” -jerit Rania

Sementara itu, Kak KM memaklumkan anaknya tidak takut akan guru besar selain akan membawa bertemu dengan kaunselor bagi menyelesaikan masalah remaja tersebut. Bukan itu sahaja, Kak KM juga mengatakan dia sudah berusaha dengan pengambilan air penawar tetapi tidak juga berkesan.

Screenshot 2023 05 12 122141

Netizen turut mendoakan semoga mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan. Ada juga yang memberi pendapat untuk mengawal anak yang sedang tantrum. Perkongsian video klip di Facebook ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 11K sukaan dan 1.2K komen.

Lihat apa kata orang ramai:

Mak Tam Mai Maisha: Sebenaunya budak tu malu. Hati anak lebih cenderung kepada kebaikan walaupun kita nampak dia sama naik dengan emaknya.

Salwana Salleh: Lembut ja kak KM panggil anak buka pintu, kalau aku ka hmm mau jiran sebelah bngun sekali

Fazihah Hamid: Hantar je ke hospital berdekatan mintak dokter tidurkan..klu degil jgk dialisiskan je skali

Farah Ayu: semoga dipermudahkan segala urusan kak KM utk pujuk ank nya dan harap rania jg dpt dipulihkan. insyaAllah

Tasha Mukhtar: kesian anak dia. mungkin ada yg dia rasa tak selesa. nak ibu pujuk, tapi eh silap.. ibu plak g buat live canang sana sini anak buat perangai. pastu viral, lagi anak dia rasa x selesa. kesian

Nurul Suhada Rahman: kalau tngok yg ini mmg nampak kcian sikit nampak skit die mcm try hard nak jadi macm mama aand akk die..selalu je nmpak kalau dlam video..

Syazwan Aziz: Kak km adela ibu penyayang dan lemah lembut. Kebnykan ibu bapa klau ade anak cmni pintu biliknya hilang terus. Paling baik pn tombol pintu lesap. Hmmm

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook

Previous articlePU Syed Baru Je Bantah Konsert, Sekali Baby Shima Bersuara
Next article“Nak buat IC pun susah” -Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Buat IC, Respon Beliau Pula Buat Ramai Yang Setuju
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here