Home Isu Semasa “Nak buat IC pun susah” -Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Buat IC, Respon...

“Nak buat IC pun susah” -Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Buat IC, Respon Beliau Pula Buat Ramai Yang Setuju

250
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok kasutbundlekarlesha2, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki berkongsi pengalamannya di mana beliau pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan setelah dompetnya hilang dan tidak dapat dijumpai. Beliau turut mengatakan telah buat laporan polis terdahulu sebelum pergi ke JPN.

Beliau mengatakan sistem pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini tidak boleh membuat bayaran secara ‘cash’, dan perlu menggunakan kad debit ataupun kad kredit sahaja. Beliau juga meminta pihak JPN sediakan QR Pay untuk memudahkan lagi urusan rakyat. Video klip ini juga telah raih perhatian ramai dan ditular baru-baru ini di media sosial.

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan mereka bersetuju dengan pendapat lelaki ini kerana ia lebih memudahkan lagi urusan dan senang jika mereka kehilangan kad debit ataupun kad kredit. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami situasi tersebut. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 400.4K penonton, 32.8K sukaan dan 3461 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:

“Atleast biar ade QR PAY Entah lah JPN bole dah repair system tu”

Baca lagi: “JKM Sampai Terus Celik Ekk..”-Operasi Pembasmian Aktiviti Pengemisan Di Sekitar Kuala Lumpur

Baca lagi: Anak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM

Lihat klip durasi pendek lelaki ini kongsi pengalaman beliau buat kad pengenalan di JPN:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@cik_ana_jambu: pi JPN buat IC kena bayar guna Kad Bank .pi Bank buat Kad Bank kena ada IC.. buat IC kena bayar guna Kad Bank sampai tua ulang alik.

@Pengguna Rinnegan: hospital pun camtu sekarang. mmg bagus pun sistem kad debit ni tapi add on la pilihan lain such as cash and qr. biar rakyat buat choice

@FA76: Sye hilang bag duit time exciden hri tu .punca dri kereta break emergency kt coner time hujan.dh 1bulan tkde ic. Sye kumpul duit.takot kne denda

@AMARO jinih: Jpn haritu mintk buat ic baru sebb muka depn ic tercabut sekali kata x boleh tukr, dia stepler jer

@rynairsalina: yg menyusahkan urusan ni bukan staf front desk. kerajaan itu sendiri. peringkat atas yg buat undang2 tak blh terima cash. tp yg kena staf bwh ni la.

@Jannah: sekarang dah cash less dah dia org, kene pakai card. tapi lagi senang kalau pakai app scan qr code je kan

@Mitoo: Semua jabatan kerajaan skrg mmg kena bayar guna kad debit

@nur_shadah: betul.. mak sy pegi klinik pun suh byr guna kad yg singgit tu

@IdaNizam: Dah seronok pakai method ni masa PKP dulu kan. Senang keja diorang jugak. End shift tak pyh kira duit

@Nerdboyed: bos tak Tanya staf kaunter Tu guna kad debit/kad kredit dye?Kan lebih mudah…bayar cash je dekat staff Tu ..

@shenigmaa: zaman skang pun org dh tk trust nk pinjamkn duit or swap kn kad bank

@Cty Darma: sama lh kes aq semalam,g spital-wallet tinggal dlm kereta-QR X BOLE.. ape bendeee..2x amik nombor..pisangggg..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleAnak Ketiga Memberontak Dan Enggan Keluar Bilik, Sekali Ini Reaksi Kak KM
Next articleKreatif! Dua Pelajar Cipta Penghawa Dingin, Lihat Bahan-Bahan Yang Diguna Olehnya
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here