Home Viral Wanita Ini Terkejut Lihat Anaknya Di ‘Breastfeeding’ Oleh Orang Lain Tanpa Izin

Wanita Ini Terkejut Lihat Anaknya Di ‘Breastfeeding’ Oleh Orang Lain Tanpa Izin

264
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok afieqahhasanah, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang dikenali sebagai Afieqah kongsi cerita di mana beliau melihat seorang wanita yang dikenali dan juga orang terdekat dengan dirinya telah menyusukan anak beliau tanpa izinnya. Beliau mengatakan perkara itu berlaku sebelum beliau adakan majlis Akikah di sebuah surau. Afieqah turut mengatakan bahawa wanita itu meminta untuk dukung anaknya dan terus masuk ke dalam surau.

Namun beliau tidak pasti dengan situasi itu kerana terlalu sibuk mengangkat barang-barang persediaan untuk akikah anaknya. Setelah beliau masuk ke dalam surau tersebut, dan beliau lihat perkara itu berlaku di depan matanya sendiri. Afieqah juga mengatakan wanita itu tidak meminta izin kepadanya, serta situasi ini telah berlaku sebanyak 2 kali.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan tidak sangka Afieqah menjumpai seseorang sebegini dan bertindak mengikut suka hatinya. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka pernah menghadapi perkara sebegini. Video klip ini juga telah ditular dan raih perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2.1M penonton, 194.9K sukaan dan 3652 komen.

“Mak mana yang boleh terima anak dia di direct breastfeeding kan oleh orang lain, sedangkan mak dia sendiri ni masih ada susu badan” -kata Afieqah

Baca lagi: “Seriau tengok dia angkat anak sulung macam tu, baru bersalin 2 hari lepas” -Netizen

Baca lagi: “Kena Halau Dengan Anak Dan Menantu” -Seorang Wanita Bawa Diri Tinggal Dalam Kereta Selama Sebulan

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@17 September girl : weiiii sakettt hatinyaa akuu yg dengarrr ni !!!fahamm sngtt klau aku pon tksanggup dah tiberrr ada ibu susuan baru

@Mummymudaa: Aish tkleh bayang anak Kita orng lain buat mcm anak sendiri

@Byla: tk pernah2 dibuat org ,kalau baby nangis, aku lagi pass baby tu kat mak dia

@iylia: Aku blm kawin pn aku rsa mcm luluhhh hati seorang mak sbb tiberr org dok menyusu ,stay strong babe

@Sarah Shamsul: Hahhh?? Sumpah la ada orang mcm ni?! pergh berani gila bf anak orang stuuuuupid

@Fatin.: I feel u doh. Pernah kena macam ni. Suka hati je haih. Memang sakit yang sangat hati ni. Allah je tahu.

@SerojaEddy: I pun pernah tapi kakak sndiri yang bf anak i. Tu pun sbb i mandi thn baby dah menangis. Tapi i pun pernah bf anak kakak i dengan izin dia

@b: kena hati2 orang gitu.siap2 jauhkan anak setiap kali dia ada

@Alia Sabarina // Racun Tiktok: As a mother I faham benda tu sangat annoying dan akan teringat2. Utk lupakan, u anggap Allah nak tunjuk siapa dia sebenarnya.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleHafidz Roshdi Buat Dua Laporan Polis Mengenai Shuhada, Gugurkan Kandungan Dengan Secara Sengaja
Next articlePU Syed Baru Je Bantah Konsert, Sekali Baby Shima Bersuara
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here