Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian @burnpazzword di mana seorang adik lelaki berbangsa india menyanyikan lagu berjudul Bunga Angkasa oleh Terra Rossa. Nyanyiannya itu sungguh merdu, sungguh lunak dan berjaya membuat netizen tergamam.
Apa yang lagi menarik, adik tersebut menyanyikan lagu ini di majlis kenduri kahwin india. Ramai yang memuji nyanyian adik berkata dia mempunyai bakat besar dan boleh diserlahkan lagi.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji perpaduan kaum rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Kita perlulah terus menjaga hubungan baik serta perpaduan antara kita.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@Wan Amy: yg ada kawan india jer tahu memang budak2 india nyanyi lagu melayu memang sedap
@AbgNgah_92_Official: Abang pun dulu suara mcm ni dik. Lepas abang kena mimpi ngeri takde dah suara mcm ni.
@haniemoon: sekali dia bagi bunga angkasa..padu…
@Dausssskimiiii: mcm cerita rock bro part scene amy mat piah buat syok dia sendiri kt kenduri india🤣
@arigato_kuzaimas: terbaiklah tambi. mmg best u bawak lagu bunga angkasa. suara pun class & merdu
@hooliganyanghensem: hidup murid sekolah kebangsaan!!
@Umasuten Karisnan: Ini lagu legend masa kat sekolah – teringat cinta pertama
@KennY WaN RoberT: Byk berkawan dgn anak2 melayu cara ni
@D-In: 👍org india ramai yg suaranya sedap. antara yg popular spt kumpulan alleycats, ben nathan, moses vadham, jaclyn victor, santesh dan ramai lg
@a.: kahwin kahwin juga, rock jiwang tetap dihati 😂
@WAN: dik , abg yg melayu pun xmampu nak nyanyi lagu ni