Home Hiburan “Suboqq”- Ucapan Che Ta Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Bt Ayu Raudhah &...

“Suboqq”- Ucapan Che Ta Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Bt Ayu Raudhah & Zaquan Jadi Tumpuan

274
0

Muat naik terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta ini, mencuri perhatian orang ramai di sosial medianya.

Ucapan Istimewa Untuk Adik Tersayang

Aktres ini memuatnaik gambar Ayu Raudhah bersama Zaquan, dengan kapsyen ucapan istimewa sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke-11 pasangan bahagia ini.

Bagi Che Ta rumahtangga Ayu dan Zaquan adalah yang paling sempurna, bukan saja kedua-duanya seorang yang penyayang dan serba boleh serta saling memahami.

Selebriti jelita ini juga berkongsi berita gembira yang Ayu dan Zaquan bakal menimang cahaya mata keenam, dan mendoakan agar kebahagian mereka berdua berkekalan sehingga jannah-Nya.

collage1 48
Foto – Instagram @rozitachewan1

“Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-11 kepada adik kesayangan dan adik ipar saya @ayuraudhah_7 @zaqone_08 ..

Dari kaca mata seorang kakak
Kebahagiaan rumahtangga kamu berdua yang paling sempurna…
Suami muda, herlok kaya, bertanggungjawab, kuat agama dan penyayang.
Isteri cantik, tua sikit ja, serba boleh, pandai masak, mengemas, menjahit, subur (11 tahun kahwin, anak nak masuk 6) penyayang, memahami dan paling setia.
Semoga kebahagiaan ini sampai ke jannah amin” tulisnya

Ucapan ikhlas Che Ta itu mendapat respon Ayu di ruangan komen posting tersebut, di mana Ayu mengatakan dirinya sangat berterima kasih dan amat menyayangi kakaknya itu.

“MasyaAllah.. Alhamdulillah.. SubhaAllah.. AllahuAkbar terima kasih untuk segalanya kak Ta ku sayang @rozitachewan1 ‘we love you to the moon and back’ (emoji ciuman)” komen Ayu Raudhah

Netizen Banjiri Ruangan Komen Che Ta

Melihat muat naik Che Ta, ramai yang memberi komen dengan mengatakan mereka berasa tersentuh dengan ucapan yang dikatakan selebriti itu kepada adiknya dan ada juga yang meluahkan rasa terkejut di mana Ayu dan Zaquan bakal timang anak yang keenam.

collage2 48
Foto – Instagram @rozitachewan1

“Mantap pesanan kakak tersayang….”

“Dah nak masuk 6???? Wah tahniah”

“Preggy lagi ka? Tu dia aih subur lajak betul”

“Kasih sayang seorang kakak” komen mereka

Untuk rekod Ayu Raudhah dan Zaquan mendirikan rumahtangga pada 21 Januari 2011, hasil perkongsian hidup selama 11 tahun Ayu dan Zaquan dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel.

Sumber: Muraimy

Previous article“Macam Boleh Agak”- Netizen Yakin, Bernard Chandran Reka Baju Kahwin Puteri Sultan Brunei
Next article“Tahan tawa ke tu, tk berat ke…” (Video) Netizen Terhibur Tengok Suami Emma Maembong Manja
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here