Pereka fesyen terkenal dalam dan luar negara, Datuk Seri Bernard Chandran memuatnaik gambar perkahwinan anak sultan Brunei, Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah bersama suami beliau, Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi men.curi perhatian orang ramai.
Netizen Syak Bernard Reka Baju Pasangan Diraja Brunei
Melihat muat naik pereka fesyen tersebut di Instagram, rata-rata ramai yang mengesyaki busana yang sarung oleh pasangan merpati sejoli ini merupakan hasil tangan Bernard sendiri.
Diruangan komen posting pereka fesyen ini, ramai yang memberi komen dengan mengatakan, persalinan busana perkahwinan yang dipakai oleh pasangan diraja itu tampak gah dan menakjubkan kerana hasil sentuhan unik Bernard.
“Patut lah…. Baju pengantin cantik sangat”
“Stunning”
“Patutlah.. Macam boleh agak ‘masterpiece’ Dato”
“Sememangnya ‘masterpiece’ Dato Bernard!”
“Gaun pengantin yang paling cantik dan elegan dari mana-mana perkahwinan diraja Brunei setakat ini!” komen mereka
Untuk rekod, Datuk Seri Bernard sering menghasilkan rekaan yang unik dan sentuhan unik yang tersendiri, jadi tidak hairanlah pereka fesyen Malaysia ini mempunyai ramai pelanggan setia dikalangan kerabat diraja dan golongan elit Malaysia dan Brunei.
Serius cantik set persalinan yang dikenakan oleh kedua-dua pengantin diraja ini.
Sumber: Muraimy