Home Netizen Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata...

Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata Tempat

664
0

Kucing berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing sehingga menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian. Inilah tabiat kucing jika dia membuang najis tentu masih di tempat sama walau berpuluh kali anda membersihkannya.

Sebenarnya, sebagai seorang pembela kucing anda wajib tahu cara urus najis kucing dan cara mengajar kucing buang najisnya di tandas atau sekurang-kurangnya petua elak kucing berak di tempat yang sama sebaiknya di tempat yang dikhaskan untuknya membuang segala kekotoran.

Mulai sekarang, anda semua tidak perlu lagi runsing memikirkan masalah kucing berak kerana perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah anda iaitu cara hilangkan bau kencing kucing di rumah. Jom ikuti apakah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Baca lagi: Bahaya Makan Tiram Mentah dan Cara Makan Tiram Secara Selamat

Baca lagi: Cara Buat Kipas Bagi Rasa Sejuk Mcm Aircond

Petua Urus Kucing Berak Merata-rata

Kencing atau tahu kucing bersepah-sepah di garaj kereta, pernah terjadi perkara sebegini? Air merah yang yang disediakan dalam botol juga tidak berkesan lagi kepada kucing-kucing tersebut.
sinetronmalaya.com Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata Tempat aaa

Beliau berkongsikan apa yang dia buat supaya kucing-kucing ini tak berak dan tak kencing lagi di dalam garaj kereta. Resepi ini beliau buat sendiri mengikut logik akal dan resepinya sangat mudah dan simple.

Bahan-bahan dan Cara-caranya:

sinetronmalaya.com Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata Tempat vvv

1. 7 hingga 10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam dan busuk, so kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu).

2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisahlah brand apa, sebab nak bagi wangi sikit je. Sebab kalau letak cuka saja nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni, wangilah sedikit baunya).

3. Air paip (agak-agak lah sampai penuh bekas spray seperti dalam gambar).

sinetronmalaya.com Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata Tempat bbb

Semua bahan yang dicampurkan dalam ini, goncangkan dan boleh menyembur di kawasan-kawasan di mana kucing tersebut suka berak atau kencing. Sekurang-kurangnya spray dua hari satu kali, kalau rajin spray hari-hari pun tak apa.

Lagi Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

Berikut pula adalah antara petua untuk mengelakkan kucing berak di merata tempat sesuka hatinya yang dikongsikan oleh netizen di aplikasi Facebook.

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baru sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera, setelah bersih, bilaskan dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai tidak disukai kucing, anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda juga boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Putua Halau Kucing Buang Najis di Halaman Rumah

Kepada mereka yang runsing dengan keadaan kucing yang sering melepaskan hajatnya di depan rumah, di halaman, di kawasan bercucuk tanam dan sebagainya. Ini adalah petua yang berkesan yang dikongsikan oleh Puan Rose Eima bagaimana beliau dapay menghalau kucing berak di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
sinetronmalaya.com Wanita Ini Kongsi Petua Halau Kucing Ber4k Di Halaman Rumah Dan Merata Tempat lll

Menurut beliau, jika kucing anda suka membuang najis di tempat yang disebutkan tadi, anda hanya perlu menggunakan buah limau kasturi beberapa biji dan perah airnya serta dimasukkan ke dalam bekas spray sebelum disemburkan tempat di mana yang selalu adanya najis kucing yang menandakan haiwan ini sering membuang di kawasan tersebut.

Dengan mengamalkan petua ini katanya, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan jayanya. Tiada lagi masalah kucing berak, najis berbau dan sebagainya. Sebaiknya diamalkan secara kerap jika anda mempunyai bilangan kucing yang banyak.

Lihat klip durasi pendek cara melatih kucing agar membuang di tempat yang betul:

Semoga perkongsian petua ini akan membantu semua pemilik kucing menyelesaikan masalah ini dengan segera. Semoga bermanfaat.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Nak Gelak Tp Aku Pun Pernah Salah Lane”-Ramai Rupanya Yg Pernah Mengalami Situasi Salah Lane
Next article“Sedih ! Kakak 9 Tahun Cuba Selamatkan Adik 8 Tahun…”-Akhirnya Kedua-Duanya Lemas
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here