Home Viral Tidak Meletakkan Rate Sebenar, sekali Fasha Sandha Dedah Penerbit Tak Mampu Bayar...

Tidak Meletakkan Rate Sebenar, sekali Fasha Sandha Dedah Penerbit Tak Mampu Bayar Dirinya

282
0

Pelakon Fasha Sandha akui tidak memilih sebarang tawaran berlakon yang diterimanya meskipun sudah 18 tahun dalam dunia seni hiburan.

Kata pelakon berusia 39 tahun itu, bidang lakonan memang diminatinya dan tidak semua perkara dilakukan hanya kerana wang ringgit.

Disebabkan itu jugalah, dia tidak menolak tawaran lakonan di bawah arahan Haizul Anafer Ali menerusi filem Biduk Bu Merah meskipun dibayar dengan kadar yang rendah.

Filem itu boleh dikategorikan sebagai filem bajet rendah dan Fasha akui menerima tawaran tersebut kerana minat dalam bidang ini.

“Hazrul ni dah lama dalam industri, dia cakap minta tolong tu sebab filem ini bajetnya tidak besar… jadi saya tidak boleh caj dengan rate saya…” – Fasha Sandha

Tambah isteri Aidil itu lagi, selain bayaran pelakon juga perlu ambil kira beberapa perkara lain termasuklah pengalaman bekerja dengan orang lama dalam industri seni.

“Setiap artis akan menjaga rate masing-masing. Kalau kita bekerja kena ikut bajet penerbit tersebut. Mereka ini hanya ingin berkarya tetapi nak berkarya harus menggunakan bajet jadi saya faham perkara itu… kalau saya letak rate sebenar memang tak mampulah mereka nak bayar…” – Katanya

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Menangis Zakiah Anas Tengok Video Ni..” – Lakonkan Pengacara Berita 999 Raih Perhatian Ramai
Next articleBersihkan Nama Isteri, sekali Penyanyi Yonnyboii Dedah Hal Sebenar Mengenai Kenyataan Isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here