Home Viral Bersihkan Nama Isteri, sekali Penyanyi Yonnyboii Dedah Hal Sebenar Mengenai Kenyataan Isteri

Bersihkan Nama Isteri, sekali Penyanyi Yonnyboii Dedah Hal Sebenar Mengenai Kenyataan Isteri

374
0

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi dan komposer, Yonnyboii iaitu Nik Nazira ada memuat naik satu hantaran di Instagram dengan menyatakan dia tidak perlu meminta pendapat orang luar berhubung pemakaian dan penampilannya.

Bagaimanapun, Yonny ketika ditemui OhBulan! menjelaskan perkara yang berlaku adalah salah faham. Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, isterinya hanya berkongsi semula atau ‘repost’ salah satu perkongsian dari laman TikTok.

Malah, Yonny menegaskan, kenyataan dalam perkongsian berkenaan bukan ditulis oleh isterinya.

“Perkara itu sebenarnya salah faham sahaja, video tersebut sebenarnya dia (Nik Nazira) hanya repost perkongsian dari TikTok dan video itu bukan kepunyaan dia pun, video orang lain…” – Yonnyboii

“Malah, ibu dia pun tanya kenapa post macam itu, bini saya kata dia tidak post, tapi hanya repost sahaja…” – Katanya

“Mungkin juga isteri saya tidak sangka perkara tersebut akan buat segelintir pihak terasa, tapi niatnya hanya repost sahaja, sedangkan bukan dia yang tulis…” – Katanya lagi

Yonny berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Persona yang berlangsung di Putrajaya Challenge Park, Putrajaya pada Sabtu.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sakit itu berkata dia ada menasihati isterinya untuk sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian dalam media sosial.

“Isteri saya kata, itu hanya perkongsian sahaja, tak akan dia tidak boleh nak post apa yang dia mahu di media sosial kan. Walaupun ada kalanya, kami berdua banyak kongsi di private…” – Tambahnya

“Saya ada juga pesan dengan dia, kalau nak post apa-apa kena berhati-hati. Orang luar akan sentiasa perhati kami berdua dan akan serang bila-bila masa sahaja…” – Tambahnya lagi

“Dia rasa bingung kepada posting yang dia repost menjadi isu. Sekarang dia lebih sedar setiap apa yang dikongsikan akan menjadi perhatian netizen…” – Yonnyboii

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleTidak Meletakkan Rate Sebenar, sekali Fasha Sandha Dedah Penerbit Tak Mampu Bayar Dirinya
Next articleDikritik Tidak Menjaga Hati Watie, sekali Respon Shuib Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here