Home Netizen Terkejut Lihat Isi Telur Yg Direbus Menyerupai Cacing

Terkejut Lihat Isi Telur Yg Direbus Menyerupai Cacing

173
0

Seorang wanita yang baru sahaja balik selepas membeli telur dari sebuah pasaraya di Thailand terkejut besar apabila melihat isi dalam telur itu setelah merebusnya.

Wanita yang dikenali sebagai Rangsiya Sara-uppatham berusia 30-an, yang juga salah seorang penduduk Chonburi Thailand terkejut besar apabila melihat isi kandungan dalam telur yang baru sahaja dibelinya di pasaraya.

Setelah beliau sampai ke rumah setelah membeli telur tersebut, beliau merebus telur itu dan sebaik shaaja telur itu selesai direbus, dia pun membuang kulit telur berkenaan. Namun dia terperanjat besar melihat isi dalamnya yang tidak kelihatan seperti telur biasa tetapi menyerupai puluhan cacing panjang.

Baca lagi: Para Ibu Pening Kepala, Lihat Seorg Kanak-Kanak ‘Mandi Telur’

Baca lagi: Terkejut ada kulat cendawan dalam roti Zus Coffee selepas anak sudah makan separuh

sinetronmalaya.com Terkejut Lihat Isi Telur Yg Direbus Menyerupai Cacing qqq

Rangsiya pun memuat naik gambar telur yang menggelikan itu ke media sosial dan menimbulkan kebimbangan dan pelbagai pendapat dikalangan netizen. Pihak pasaraya berkenaan dan Jabatan Kawalan Penyakit kemudiannya mengambil telut itu untuk tujuan makmal kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan.

Dr Taweesak Songserm dari Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Kasetsart mengatakan cacing tidak akan dapat masuk ke dalam telur kerana dihalang oleh kulit telur yang keras.

sinetronmalaya.com Terkejut Lihat Isi Telur Yg Direbus Menyerupai Cacing www

Isi telur yang kelihatan seperti puluhan cacing sebenarnya adalah tisu-tisu telur yang telah dirosakkan oleh bakteria dan bukannya cacing atau parasit yang masuk kedalamnya.

Menurutnya lagi, perubahan tekstur tersebut adalah disebabkan kuantiti bakteria yang tinggi telah mengubah sifat telur yang sebenar sehingga terbentuk seperti cacing.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous articleKes Baling Botol Dari Balkoni Kondominium, Seorang Positif Dadah
Next articleLelaki Ini Temui Batu Ambergris Yg Bernilai Rm13 Juta Brhampiran Pantai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here