Home Netizen “Sebelum nk guna tepung tu tapis la dulu, yg mana nk buat...

“Sebelum nk guna tepung tu tapis la dulu, yg mana nk buat kuih raya tu” -Netizen

106
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok rizzhan_, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana salah seorang warganet menyiarkan satu klip durasi pendek bahawa beliau menjumpai ulat setelah menapis tepung gandum ketika membuat kuih muih untuk hari raya akan datang. Beliau meminta orang ramai jika mahu menggunakan segala tepung haruslah tapis terlebih dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan makanan lain. Video klip ini juga telah raih perhatian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan tidak sangka tepung juga boleh berulat walaupun belum dibuka. Ada juga segelintir netizen berkongsi cerita pengalaman mereka bekerja di sebuah kedai ‘bakery’, mereka mengatakan bahawa tepung sememangnya mudah berulat dan haruslah ditapis sebelum dipakai. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 254.4K penonton, 11.5K sukaan dan 485 komen.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Sebelum nak guna tepung tu tapis la dulu..yang mana nk buat kuih raya tu..tapis2 laa..dh mcm ulat bulu n ulat sampah pun ada”

Baca lagi: “Bapak Ahh Meriah Gila Ulat..”- Terkejut Ada Ulat Sampah Pada Makanan

Baca lagi: Terkejut ada kulat cendawan dalam roti Zus Coffee selepas anak sudah makan separuh

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@lurve: weyh dah la mak aku main bubuh tepung tu kuih raya jadi dah ni

@ainaisyah: patut la semperit ibu aq lemak ii, ad extra protein rupanya

@MEEGORENGBASAH: tepung mostly kalau berulat tu sebb plastik tepung bocor dan tak simpan dkt tmpt yg kedap udara .. kadang2 tepung bila dah buka plastik jgn simpan lam

@Aja Tajudin: sy jnis pakai je xtapis tp skli tu trnmpk ulat beso kuis2 dlm tepung tu time kt dapo,cantik je dlm plastik trus xslera nak bt ckodok

@Nurezzaty Review barang best: sya penah kerja bakery..mmg tepung snang berulat..memang kami seblum packing pon akan ada mesin utk tapis

@Sfm: betul, dulu aku pernah kerja kat kedai buat kuih… mmg kna tapis, kalo tak meloncat2 ulat keluar dri tepung…

@Ruffy’s: memang biasa ayak tepung sebelum guna. lagipun kalau ayak lagi senang nak uli

@alyy: aiyoo dh la jenis takut kalau ada ulat² ni, sib baik haritu time tapis ada bubuk hitam tu je

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Saya Akan Kahwin Dgn Mira Selepas Semua Dah Setel” -View Chin
Next article“Balik Kerja Penat-Penat, Bini Bawa Jantan Lain Plk Masuk Dlm Rumah” -Netizen
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here