Home Hiburan “Saya Tak Kacau Org..”- Digari Punca ‘Tolak Palang’ Nk Masuk Rumah, Awal...

“Saya Tak Kacau Org..”- Digari Punca ‘Tolak Palang’ Nk Masuk Rumah, Awal Ashaari Jual Rumah Elak Pengurusan ‘Bodoh’

384
0

Menerusi satu keratan klip yang diambila oleh salah seorang peminat selebriti Awal Ashaari yang dikatakan menjadi perbualan ramai dengan kes yang tidak diketahui punca kenapa tangan selelbriti terbabit digari ketika di mahkamah tersebut. Menggunakan aplikasi ‘live’ di Instagram, beliau memberi kenyataan penuh mengenai peristiwa yang menimpa beliau dan keluarga dan kes tersebut masih berterusan walalupun sebab dan punca kes terbabit tidak masuk dek akal manusia. Beliau menyuarakan pada media sosial kerana beliau merasakan hal ini tidak adil kerana beliau tidak mencederakan sesiapa tapi masih perlu digari ketika sidang mahkamah bersidang pada ketika itu.

Klip tersebut menceritakan kenyataan yang diberikan secara ringkas oleh selelbriti terkenal tersebut. Awal Ashaari menyatakan bahawa beliau dan isteri ingin menjual kembali rumah tersebut walaupun sudah siap diubah suai dan kawasan tersebut merupakan kesukaan mereka sekeluarga. Mereka menyuarakan untuk menjual kerana pihak pengurusan yang terlalu pelik dan ‘bodoh’ menggunakan undang undang walaupun beliau tidak menggunakan sebarang kekerasan sepanjang beliau ke rumah tersebut. Awal Ashaari hanya menyatakan bahawa beliau cuma ingin pulang ke rumah terbabit dan menolak menggunakan tangan palang yang berada di rumah tersebut kerana ingin memasuki rumah tersebut. Walaupun beliau cuma lambat membayar utiliti rumah tersebut, namun beliau masih pemilik rumah terbabit tetapi pihak pengurusan di situ berang dan membawa kes tersebut sehingga ke mahkamah dan akibatnya selebriti tersebut perlu digari.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Pelbagai komen diberikan seperti :

@suzanacukzz:hati3 smua..kes ni kslahn besar dlm negara kita…. klau kau dera org tu slah kecik tau.

@NH_emasbajet:Mesti dia sedih. 14yrs duk kat situ. Kecewa dengan management. Terus nk jual

@maninnnnn:sedih tengok video dia keluar court tutup tangan dia yg bergari sebab taknak kacau mental anak dia kalau anak tertengok dia bergari

@Eda76:kalau ikut bukan kes melibatkan nyawa org pun… sabar Awal Ashaari… semoga Allah permudahkan urusan Awal n scha

@Harry…:kadang management tu suka buat undang2 sendiri.. kadang geram juga beli rumah mahal2 tak blh masuk rumah sendiri. kadang guess kita dtg mcm2 nak

@AFEEDA AKMAR:Allah nk angkat darjat awk smga dberi kesabaran&ketabahan dan dmurahkan rezki selalu..aamiin

@shima_hasin:macam umah aku ukay perdana ada guard pun org boleh masuk rompak elok2 kami letak guard sendiri pakistan baik n alim doeang tak kasi . sebb guard

@Mommy Aydell:Kes mcm ni senang polis layan aku ni dkt 2 tahun kes pecah amanah wlaupn report dh setahun tp mcm xjalan kes tu. Ntah brpa lama nk tggu.

@Teratak Kami:Sedihnya… Sy tgk dari awal dulu dia beli rumah bkn rumh baru pom.. Tp sebb dia suka sgt kawasan situ.. Eemm sumpah sedih

@Estefania:Kalau aku pun elok jual dan pindah je dari situ, bila dah jadi kes sampai macam tu, rasa dah tak syok nak stay

Beliau juga menyuarakana lagi bahawa hal tersebut masih dapat diselesaikan dengan kata maaf sahaja walalupun beliau dikatakan mencerobohi rumah tersebut walaupun beliau merupakan pemilik rumah terbabit. Hal ini menjadikan kes tersebut kelihatan tidak masuk dek akal namun sikap Awal yang cuba menyelesaikan hal ini mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tersebut membuatkan ramai emosi kerana kelihatan tidak begitu adil dan hal ini dkaitkan dengan kes yang pernah gempar baru baru ini iaitu Kes Bainun yang masih belum selesai hingga kini. Semoga Awal Ashaari dan keluarga beliau dapat diberikan kesabaran untuk menyelesaikan kes tersebut dengan baik sekali.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

 

Previous article“Sumpah Kena Tengok..”- Filem ‘Mat Kilau’ Ditunggu Ramai, Mampu Hapuskan Lelaki ‘Gelek’ di Tiktok
Next article“Jgn Buat Content Murahan..”-DSV ‘Sound’ Influencer Sepak Duit Pakai Kaki Punca Nak Viralkan Produk
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here