Home Viral “Saya Betul Betul Tak..” – Shila Amzah Cerita Hal Sebenar

“Saya Betul Betul Tak..” – Shila Amzah Cerita Hal Sebenar

281
0

Penyanyi Syada Amzah meminta netizen untuk berhenti mengajukan soalan kepadanya mengenai perkembangan majlis pernikahan kakaknya yang juga penyanyi popular, Shila Amzah.

‘Saya tak tahu’

Menerusi kemas kini di Instagram, Syada menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui berkenaan tarikh dan lokasi majlis pernikahan kakaknya itu.

Berhenti tanya saya, dia (Shila) dekat mana, bila dia kahwin, dekat mana dia kahwin, saya betul-betul tak tahu.

Dalam masa sama, Syada turut berpesan kepada pengikutnya untuk tidak berkongsi sebarang hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya kepada pelantun lagu Patah Seribu itu.

Tegas Syada, kakaknya tidak gemar dengan tindakan sesetengah netizen yang bertindak sedemikian.

photo 2023 07 16 17 29 51

Tolong lah eh jangan forward apa saja saya post dekat sini (Instagram) atau di mana-mana pada kakak saya, dia tak suka.

Kalau dia nak tengok dia boleh tengok sendiri, account saya tak privasi pun.

Sekadar info, terdahulu Shila selamat mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh media sosial Ubai MZ pada 27 Mei yang lalu.

Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun usia perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera bernama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articlePernah ‘Check In’ Hotel di Madinah, sekali Isteri kantoi Curang dengan Suami Orang Lain
Next article“Saya tak boleh lah, saya dah tahan…” – Anak Zarina Zainuddin Mengamuk sebab Hilang Sabar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here